Menerima berita daripada admin Jamtank pagi tadi mengatakan guitar tech terkemuka dan rakan blogger kita YusTech GT telah meninggal dunia. Juga disahkan oleh Along Exists dalam Facebook beliau (terima kasih Mus Speedrider untuk link). Akupun masih menanti kepastian dan perincian ceritanya daripada rakan-rakan lain.
![]() |
Entri lama. |
Kebelakangan ini beliau tidak berapa aktif berblog (entri terakhir bertarikh 20/05/2020) tetapi lebih aktif menggunakan platform YouTube.
Video terakhir beliau bertarikh 30/01/2021.
Walaupun tak pernah berjumpa, tapi aku bangga mengaku dialah mentor online aku dan menjadi rujukan utama kalau ada kebuntuan dalam kerja-kerja pemasangan pikap gitar. Apa-apa entri AADI berkaitan pematerian dan pemasangan pikap selepas 2011 adalah dipelajari dan dipraktikkan daripada blog YusTech.
![]() |
Klontone IDK - imej Facebook YusTech. |
Tahun lepas beliau pernah meminta pendapat aku pedal apakah yang patut di-DIY-kan sebagai cabaran, akupun forward skematik litar Klon Centaur sebagai cabaran klonisasi. Nampaknya projek ini tidak sempat direalisasikan sebagai sebuah pedal fizikal, walaupun PCBnya sudah siap.
Apa-apapun, terima kasih bro Yusri Yusof untuk ilmu yang diberikan secara terus atau tidak langsung.
_____
AADI: Al-fatihah.
2 komen:
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Sedih. Arwah memang orang yang baik & mempunyai ilmu elektronik yang dalam.
Post a Comment