_____
AADI: Tinggal kotak je (di kampung), isinya dah lama jadi e-waste.
IDK E-Waste
oleh Ijau D. Koceng 10 November 2020 pada 6:00 AM 0 commentsAntara gajet-gajet ICT aku yang dihantar ke pusat pengumpulan buangan elektrikal dan elektronik (e-waste) seperti yang disebut dalam entri semalam. Semuanya sudah rosak ataupun ketinggalan zaman (outdated) dan tidak relevan digunakan lagi.
Antaranya gaming PC (circa 2004-2007) bernadi Pentium 4 1.8GHz yang dibina sejak aku kerja di Penang, dibawa balik ke Membakut dan kemudiannya diangkut ke Bintulu ketika mana aku mula bekerja di sini. Penghujung 2007 telah digantikan dengan gaming PC baharu bernadi AMD Athlon X2.

Begitu juga dengan netbook Lenovo S10-2 (circa 2009-2017) yang selalu muncul dalam entri-entri AADI awal 2010-an dulu. Telah kaput beberapa tahun lepas, hanya HDD sahaja yang diselamatkan kerana memiliki banyak gambar zaman bujang dan anime sedut.
Sampai jam 12 tengah hari jak gaisss Gambaran sekitar dewan Serbaguna Kampung Baru, Bintulu. ♻️ KEMPEN KE-3...
Posted by Bintulu News Page on Saturday, 7 November 2020
Bab telefon bimbit pun banyak memori. Nokia 6600 (circa 2005-2010) dimiliki sejak zaman kerja di Penang. Zaman mula-mula ada telefon berkamera walaupun resolusi hanya 640x480 tapi sudah cukup untuk menangkap gambar-gambar epik nostalgik. Sony Ericsson K618i (2007-2015) menjadi modem 3G serta menangkap gambar-gambar untuk blog AADI tatkala belum ada kamera digital khusus. W200 (2008-2010) yang lebih digunakan untuk me"Walkman"kan mp3 dan W810i (2014-2017) pula ada dibuatkan entrinya di sini.
Bila masuk zaman telefon pintar, model-model yang aku miliki biasanya model bawahan kerana aku tahu teknologi telefon pintar amat pantas berubah. Bermula dengan Ninetology Stealth (2013), Asus Zenfone C (2015) dan Zenfone Go 4.5 (2017). Hanya Lenovo A369 (2014) sahaja yang "hilang" dimain anak-anak. Jenama/model yang tidak disebut merupakan telefon Mrs. Ijau.
Memang kena keraskan hati untuk melepaskan gajet-gajet sebegini walaupun rata-ratanya memiliki nilai nostalgik. Hasil yang diperolehi daripada "jualan" e-waste ini tak sampai pun RM50, tapi sebagai orang sains, ini antara tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar.
_____
AADI: Cuba untuk tidak menjadi seorang hoarder.
Flashback Friday: Payphone
oleh Ijau D. Koceng 11 November 2016 pada 1:00 AM 4 komen:Kebanyakan telefon berbayar (payphone) atau telefon awam sebegini walaupun masih sempurna fizikalnya tetapi tidak lagi berfungsi, tiada talian, sedih...
![]() |
| Teknologi retro. |
Telefon bimbit yang ada di tangan hanyalah untuk 1) menerima panggilan 2) peranti menerima panggilan rindu (missed call) seperti pager dan 3) bergaya, mengikut trend semasa. Waktu tu belum ada lagi servis SMS ok, kalau ada pun hanya intra-talian.
Sekurang-kurangnya, ia masih dihargai di sini.
_____
Ada apa: Bilakah kali terakhir anda menggunakannya?
Antara W810i Dan K618i
oleh Ijau D. Koceng 14 July 2014 pada 9:00 AM 7 komen:![]() |
| W810i dan K618i. |
Ia juga lebih pantas diakses dan dikemudi dengan sebelah tangan sahaja contohnya ketika sedang memandu. Untuk fungsi online (selain panggilan dan SMS) itu tugas telefon sekunder, A369.
![]() |
| Battle scars. |
_____
Ada apa: K618i ni akan disimpan dalam arkib bersama-sama 3210, 3610 dan 6600.
Teknologi Yang Semakin Murah
oleh Ijau D. Koceng 23 December 2013 pada 9:00 AM 4 komen:Bila bab telefon pintar ni aku taklah berkira dah memilih sangat, dan tak terlalu mengikuti perkembangan semasa. Model di atas ni pun masih menggunakan Gingerbread (varian terbaru A369i menggunakan Jelly Bean). Harganya pun lebih kurang sama dengan harga seketul Boss DS-1.
Bagi aku yang penting aliran data turun-naik berjalan lancar sama ada 3G, EDGE mahupun GPRS, dan mesra poket (dari segi saiz dan harga). Sekurang-kurangnya jenama ni sama dengan jenama netbook aku yang masih bertahan sehingga kini sejak 2009.
Chip pemprosesan yang digunakan pastinya lebih maju berbanding PC yang digunakan untuk main game Half-Life hampir 15 tahun lepas.
_____
Ada apa: Masih setia menggunakan K618i sebagai telefon utama.
Solar TM
oleh Ijau D. Koceng 17 December 2013 pada 9:00 AM 6 komen:Berhampiran tempat aku meletak kereta, juga ada beberapa deretan kedai dan gerai. Tapi yang menarik perhatianku ialah pondok telefon awam ni.
Walaupun berlatarbelakangkan semak, tapi kedua-dua pondok telefon ni nampak "bersih" tanpa sebarang vandalisme (sticker FAM tu mungkin boleh dimaafkan).
Tanggapan pertama (first impression) aku ialah, masyarakat pedalaman mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan menghargai kemudahan awam, tidak seperti masyarakat urban. Tak percaya? Cuba perhatikan kemudahan awam yang ada di kampung-kampung anda (sekiranya anda ada kampung la~).
Oh ya, kedua-dua pondok telefon ini dilengkapkan dengan panel solar. Aku tak pasti sama ada 100% menggunakan tenaga solar, atau untuk backup sahaja.
_____
Ada apa: Bila kali terakhir anda menggunakan telefon awam?
Smartphone Vs Dumbphone
oleh Ijau D. Koceng 25 May 2013 pada 1:00 AM 5 komen:Mrs. Ijau memilih Samsung Keystone 2 GT-E1205M yang hanya berharga RM60 untuk dijadikan telefon utama (panggilan dan sms).
Masih relevan lagikah dumbphone dalam era informasi di hujung jari sekarang ni? Itu terpulang kepada anda untuk menentukannya.
Tapi pada pendapat aku, adalah lebih mudah dan pantas membuat atau menerima panggilan menggunakan dumbphone yang kecil berbanding smartphone atau tablet.
Lagipun dumbphone sebegini agak lasak dan boleh bertahan beberapa hari sebelum dicas semula. Sebab itu aku masih lagi setia dengan Sony Ericsson K618i yang telah berkhidmat sejak 2007.
Memang serasi digandingkan dengan Galaxy Tab 2 Mrs. Ijau yang bertemakan warna putih. Giliran aku? Entahlah, aku masih sibuk dengan GAS gajet kegitaran yang tak sudah-sudah, macam tak ada bajet nak beli smartphone/dumbphone... Oh ya, lagipun Ninetology Stealth kan ada.
_____
Ada apa: Mencari Sony Ericsson siri Cyber-shot/Walkman model pra-Android.
Wordless Wednesday: Perampas Dana (Part 7)
oleh Ijau D. Koceng 27 February 2013 pada 1:00 AM 4 komen:Wordless Wednesday: Perampas Dana! (Part 6)
oleh Ijau D. Koceng 26 December 2012 pada 10:00 AM 12 komen:Nokia Nostalgia
oleh Ijau D. Koceng 15 June 2012 pada 10:00 PM 5 komen:Dua buah telefon bimbit (sebut handphone lagi senang) Nokia aku yang dah lama "ditamatkan" perkhidmatannya atas sebab-sebab teknikal (rosak) tapi masih ada dalam arkib simpanan - Nokia 3610 dan Nokia 3210.

Kalau aku nak cerita pasal sejarah dan kenangan kedua-dua handphone ni (terutamanya zaman di Penang) memang akan jadi panjang entri ni, dan aku memang malas nak buat entri yang panjang berjela-jela.
Yang pasti, Nokia 3210 merupakan handphone Nokia pertama yang aku guna (dibeli pertengahan tahun 2000), sebelum tu aku guna Siemens C25.
Model-model Nokia yang pernah aku guna:
- 3210 (2000-2001)
- 3310 (2001-2003, stolen)
- 8210 (2003-2003, stolen)
- 3610 (2003-2007)
- 2100 (2003-2004, traded)
- 6610i (2004-2005, traded)
- 6600 (2005-still active, as backup)
Mulai 2007, aku mula menggunakan Sony Ericsson K618i (handphone berteknologi 3G termurah ketika itu) dan masih bertahan sehingga kini...

Pernah juga terpikir nak beli handphone baru, *smartphone (telefon pintar?) ataupun tablet ikut trend semasa...
_____
Ada apa: *Tapi bila congak-congak balik harganya, baik aku beli gitar baru, muahaha!~
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
[Filler entry] Tatkala blogger lain tengah sibuk cerita pasal konsert Iron Maiden kat Singapore bulan Februari nanti, aku dah mati akal......
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
seperti yg dirancang, arini ada sessi jamming/latihan kitorg start pkl 10.30pg. sessi kali ni dan sessi2 seterusnya akan diadakan dlm bilik ...
-
Bungkusan eBay dari UK yang diterima pada pagi Jumaat minggu lepas, diterima beberapa minit selepas aku siarkan entri mengenai konsert Metal...
-
Antara buah tangan pi Miri hari Sabtu lepas 3/4/2010. Beli kat Speedy Video, Bintang Plaza dengan harga standard RM12.90... Tapi malangnya p...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-






















