Showing posts with label ec-256. Show all posts
Showing posts with label ec-256. Show all posts

LTD 30th Anniversary


Tahun ini katanya jenama sub-ESP iaitu LTD (Living The Dreams?) menyambut ulang tahunnya yang ke-30.

"Founded in 1996, the LTD brand helps bring the quality and prestige of ESP to a more affordable price in order to accommodate all players. A wide range of LTD models are made to cover everyone from beginning players to serious working musicians. With numerous different model families to choose from, we are sure there is an LTD guitar perfect for you."

- Website ESP Guitars.

Seperti entri ulang tahun ke-50 ESP tahun lepas, sebagai seorang peminat ESP dan LTD amnya, dapat juga idea untuk entri blog cerita pasal gitar LTD.

"Malangnya" mutakhir ini aku hanya ada satu sahaja gitar LTD dalam axology iaitu *Iron Cross James Hetfield signature (Iron Cross). Kalau bukan kerana harga promosi raya Music Bliss tahun lepas, mungkin aku tak akan menarik picu untuk gitar ini. Belum pernah lagi dibawa jamming mahupun gig, jadi belum diketahui lagi prestasi dan "mojo"nya.

Tapi kalau dalam keluarga ESP, ada dua buah gitar lagi iaitu ESP Eclipse-II (Shiro) yang dah menguning dengan cemerlang (vintage white) dan GrassRoots Horizon-III G-HR3-68 (Horizon) - dua ni tak perlulah diceritakan sebab bukan LTD.

Sebelum ini aku pernah memiliki beberapa buah gitar (dan bass) LTD, berikut model-model yang pernah dimiliki:

1) EC-257 (ex-Sven) diperolehi penghujung 2019, gitar bertali tujuh pertamaku. Dilepaskan 2024 kepada seorang rakan sepergitaran veteran di Bintulu sebagai koleksinya.

2) EC-1000VB (ex-Deluxe) diperolehi awal 2020 dalam keadaan terpakai tanpa elektronik. Pernah dibawa gig sekali sahaja iaitu ketika penghujung 2020. Dilepaskan kepada Azrol pertengahan 2022 dan kini menjadi antara gitar utamanya bernadi yang Seymour Duncan Blackouts.

3) M-50FR (ex-Neon) self-proclaim IDK Sig Mark V. Pernah tiga kali beraksi di atas pentas (Gig Terjun Part III Jepak 2017, Sarawak Rock'n Mob 2018, Bintulu Bike Week 2018). Hampir-hampir memiliki nilai nostalgik, tetapi dilepaskan jua kepada seorang rakan yang amat memerlukan superstrat 24-fret pada penghujung 2019.

4) M-103FM (ex-Mirage), LTD pertama dan paling lama dimiliki sejak 2011. Berkali-kali mengalami proses modifikasi hinggalah ia bertukar tangan kepada Azrol tahun 2019. Kini juga menjadi antara gitar utamanya yang sering dibawanya untuk gig bersama Larrong.

5) F-54 (ex-Silver Wings) satu-satunya bass LTD yang pernah dimiliki, ia diperolehi ketika aku memerlukan bass awal 2013. Tak sampai setahun dalam axology tapi pernah dibawa gig sekali semasa YOLO 2013, dilepaskan kepada seorang rakan di kampung.

6) EC-256 (ex-Dark Moon) model Eclipse pertama dimiliki sekitar awal 2015. Ia tidak bertahan lama, hanya 4-5 bulan dalam axology kemudian dilepaskan kepada si Korawk.

Gitar-gitar LTD ini ada feel dan mojo tersendiri, lain origin lain feel - Korea, Indonesia, Vietnam, China - jenis hit and miss, kadang-kadang bernasib baik dapat yang "sedap" digunakan walaupun hanyalah model bawahan/murahan. Dalam keenam-enam model yang pernah dimiliki ini, aku rasa EC-1000VB dan M-50FR antara yang "sedap" digunakan. Nasib baiklah kedua-duanya belum ada nilai nostalgik, jadi taklah rasa menyesal dilepaskan.

_____
AADI: *Hampir-hampir menarik picu untuk BK-600.

Wordless Wednesday: Inbox Unboxing





Gotcha! Ada kotak Epi di dalam.

_____
AADI: Umpama mimpi kotak dalam mimpi kotak.

Sepetang Di Hobby Kai


Tergerak hati untuk mengunjungi Hobby Kai Bintulu selepas menonton live Facebook Ngumpaiks TV pada sebelah pagi...

Ngumpaik Live On Scene : Hobby Kai Bersama wartawan Ngumpaiks, Nasuki yang kini berada di kedai Hobby Kai bertempat di Ibraco Town Square Plaza, Bintulu.

Posted by Ngumpaiks TV on Friday, 23 July 2021


Bahagian Kedua Ngumpaik Live On Scene : Hobby Kai Bersama wartawan Ngumpaiks, Nasuki yang kini berada di kedai Hobby Kai bertempat di Ibraco Town Square Plaza, Bintulu.

Posted by Ngumpaiks TV on Friday, 23 July 2021

Itupun selepas roving reporter Uchu aka Nasuki Malim menunjukkan figura aksi Trooper Eddie terpakai (@18:32) pada harga yang mampu milik.

Maka terkunjungilah premis ini yang terletak di tingkat satu Ibraco Town Square Plaza Bintulu. Serius, rasanya dah 3-4 tahun aku tak naik atas ni. Waktu tu aku rasa belum ada premis yang buka, hanya ada beberapa restoran dan kiosk di tingkat bawah.

Pertama kali masuk, pemandangan pertama yang aku nampak ialah galeri One Piece dengan poster wanted Mugiwara Kaizoku dan figura aksi. Sudah pasti tauke premis ini juga seorang peminat One Piece. Yang pasti, taukenya memberi kebebasan sepenuhnya untuk aku snap gambar di dalam premis ini.

Sebagai seorang peminat kurang tegar One Piece, pernah juga aku tergerak hati ingin berhobi kumpul figura aksi sebegini. Rujuk entri 11 tahun lepas.

Gear 4 Luffy, not for sale.

Tapi bila ambil kira faktor harga per figura, lebih afdal aku setia dengan hobi bergitar sahaja. Hobi beli CD pun dah terbantut semenjak PKP tahun lepas. Serius, banyak hobi, banyaklah dana yang perlu disalurkan.

Ini aku rasa figura aksi One Piece yang paling terkini, Gol D. Roger vs Edward Newgate (Whitebeard). Sebab anime yang memaparkan aksi ini rasanya baru sahaja disiarkan awal tahun ini atau hujung tahun lepas. Waktu aku datang ke premis ini pun, taukenya baru sahaja selesai memasang figura ini.

Lagi figura aksi One Piece, Portgas D. Ace dengan persalinan episod Alabasta. Maaflah, aku banyak snap gambar bertemakan One Piece berbanding anime lain.

Ok, ada sebuah gitar elektrik terpakai dijual di sini, model ESP LTD EC-256 dijual pada harga RM1500. Menurut nombor siri ia merupakan model keluaran Ogos 2014 buatan Vietnam, mengingatkan aku kepada ex-Dark Moon.

Juga ada figura aksi agak lewd, DOA Kasumi dan Ayane. RM120 per figura, oklah untuk sebuah figura lewd. Kalau ada figura bishoujo dan yang lebih lewd lagi macam mana?

Ok, awal 2017 dulu aku hampir-hampir terbeli Funko Pop! Fallout 4 Power Armor di Toys R Us KLIA2. Nasib baiklah tak terjerumus, kalau tak set Eddie empat album pertama Iron Maiden ini memang racun berbisa.

Hah! Ini antara mainan idaman aku sekitar 1987-1988, MASK Split Seconds Dynamo. Juga berstatus terpakai, sayangnya ia tak lengkap kerana tidak memiliki figura pendua/hologram Bruce Sato. Aku teringat waktu kecil dulu aku rajin main Split Seconds Barracuda kepunyaan Joad Takilala.

Hampir-hampir tertarik picu untuk membeli Sixshot terpakai ini, tak pasti dari siri Transformers mana, mungkin G1 atau Masterforce kot? Kena rujuk Shafid Transformers United ni... Harga pun mampu milik.

Figura aksi Marvel dan DC pun banyak, tapi hanya satu ini aku snap kerana tahap rare. Thank you Stan!

Hampir sejam juga aku berada di premis ini. Aku rumuskan bahawa premis ini lebih fokus kepada figura aksi - anime, Marvel, DC, Gundam, Transformers, Funko Pop!, dll - berbanding "hobi" lain.

Inilah satu-satunya hasil pancingan aku - Trooper Eddie. Tiga sticker rawak (Ace, Shanks dan Galactic Empire) dan Space Marine Warhammer 40k merupakan pemberian mutual (free gift), terima kasih.

Tiada apa-apa info pasal figura Trooper Eddie ini. Ia tidak lengkap, tiada tapak (base) pedang rapier/sabre dan bendera Union Jack. Dan daripada perincian, kebarangkalian besar ia adalah model keluaran McFarlane. Akan dibuat entri berasingan kelak...

_____
AADI: Ada figura yang mencecah harga ribuan ringgit, lagi nak komplen hobi bergitar itu mahal?

ESP 45th Anniversary


Walaupun mengenali Metallica sejak 90an, tapi aku hanya menyedari kewujudan jenama gitar ESP ini melalui Thomas Youngblood dan Glenn Barry dalam DVD Kamelot One Cold Winter's Night ketika mula-mula terjerumus dalam hobi kegitaran sedekad yang lepas. Semenjak itu, model ESP Horizon (leaf/tongue headstock) dan Eclipse merupakan gitar final fantasy.

Bersempena ulang tahun ke-45 ESP tahun ini, sebagai seorang peminat ESP dapat juga idea untuk entri blog cerita pasal gitar ESP. Buat masa ini aku ada dua buah Eclipse versi LTD (Living The Dreams?) dalam axology.

Pertama, EC-1000VB (Deluxe) yang bernadi EMG 81/85 yang kini menjadi gitar utama aku dalam talaan drop-C#. Agak janggal sedikit pada mulanya menggalas singlecut yang memiliki 24-fret tapi berskala 24.75".

Kedua, sebuah Eclipse bertali tujuh EC-257 (Sven) yang kini bernadi Seymour Duncan Sentient/Nazgûl. Percubaan eksperimentasi dengan gitar bertali tujuh, digunakan dalam talaan drop-A (AEADGBE).

Juga pernah memiliki beberapa model LTD lain sebelum ini:

Model Mirage M-103FM (ex-Mirage), LTD pertama dan paling lama dimiliki sejak 2011. Berkali-kali mengalami proses modifikasi hinggalah ia bertukar tangan kepada Azrol tahun lepas. Walaupun paling lama dimiliki, tetapi rasanya tak pernah aku guna untuk gig.

Bass model Forest F-54 (ex-Silver Wings) diperolehi ketika aku memerlukan bass awal 2013. Tak sampai setahun dalam axology tapi pernah dibawa gig sekali semasa YOLO 2013.

Model Eclipse pertama dimiliki ialah EC-256 (ex-Dark Moon) sekitar awal 2015. Inipun tidak bertahan lama, hanya 4-5 bulan dalam axology kemudian dilepaskan kepada si Korawk.

Model Mirage M-50FR (ex-Neon) self-proclaim IDK Sig Mark V. Pernah tiga kali beraksi di atas pentas (Gig Terjun Part III Jepak 2017, Sarawak Rock'n Mob 2018, Bintulu Bike Week 2018). Hampir-hampir memiliki nilai nostalgik, tetapi dilepaskan jua kepada seorang rakan yang amat memerlukan superstrat 24-fret ketika itu.

Ok, sembang kencang pasal LTD, tapi cerita asalnya pasal ESP. Nah, bersempena ulang tahun ke-45 ESP aku betul-betul dah masuk khemah ESP...

Ya, Eclipse juga.

_____
AADI: Scheduled entry.

2017 Yang...


Hari terakhir 2017 ni biasanya sesuai buat entri sinopsis tahunan *AADI...

1) PS4 gamer - Selepas habis memainkan Fallout 4 (Institute and Minutemen path) sekitar bulan Februari, keghairahan bermain PS4 mulai surut dan dorman pada bulan berikutnya. Kekangan masa dan tanggungjawab kepada keluarga merupakan faktor utama kepada kedormanan tersebut.


Tajuk yang menunggu giliran untuk dimainkan ialah The Last Of Us yang diperolehi menerusi pertukaran (trade) dengan CD Queensryche/Samson daripada geng blogger Rafi Xyrus. Tomb Raider reboot pun belum habis main.

2) Jamming dan kugiran - Tahun ini MUP masih ada persembahan awam walaupun tidak serancak sebelumnya, dah tak laku kot... Hanya ada empat persembahan awam.

7/7/2017 - Gig Raya Warung Deli.
5-6/8/2017 - busking listrik @ booth Pemuzika.
28/10/2017 - "soundcheck" Gig Terjun Part III.
24/11/2017 - Glam Rock Nite.
Tapi apa yang menariknya, MUP kini sudah ada lagu sendiri dan bukan lagi "just another cover band". Lirik lagu Pentagram Di Atas Pusara diilhamkan daripada antologi cerpen tulisan Adi Herman dengan tajuk yang sama, manakala muziknya telah lama menjadi intro MUP sejak 2013 (working title Project Madness). 2-3 buah lagu lagi akan menyusul tahun depan untuk projek Demo 2018.



3) Kegitaran - Tiga buah gitar diperolehi tahun ini, mungkin membalas dendam sebab tahun lepas tak ada beli gitar, kah kah kah...

Squier J5 Telecaster terpakai (Johnny).
LTD M-50FR (Neon).
Ovation CC24S (Celeb).
Memang tidak dapat lari daripada pembelian pedal dan stompbox, antaranya - MS-50G #2, FP02M, Sparrow, Lancelot, Blademaster (dibeli Azrol), AT Drive dan SD-1. Manakala ST-2 dan M234 masing-masing diperolehi secara pertukaran (trade) dengan BC-2 dan Time Machine. Amp? Adalah seketul amp kecil Fly 3 Bass.


Oh ya, tak lupa juga Laney IRT-Pulse hadiah hari jadi daripada Bro Sub, the best birthday gift! Terima kasih sekali lagi.


4) Guitar Techie - Tahun ini mula didatangi oleh rakan-rakan dan rakan kepada rakan yang menghantar gitar mereka kepada aku untuk diservis tukar pikap, pendawaian semula, cuci dan tengok-tengok apa yang patut. Antaranya KIKOSP Azrol, gitar rakan-rakan NV Unity (Purple Strat, Poplar Tele replica, Harmonics Les Paul copy, Squier Standard Strat), EC-256 si Korawk, RG331M Nuing dan RR3 Larrong.


Untuk gitar peribadi, masih bermain-main dengan pikap - Mirage kini bernadi EMG SA/SA/89, manakala Neon tadi dipasangkan dengan set Seymour Duncan Sentient/Pegasus. Korina dan Johnny pula kembali menggunakan pikap asal.


5) CD/DVD - Hobi yang tak pernah rehat. Selain eBay dan Radin Music Centre, kini ada tambahan Rock At Large dan Inverno Music Station untuk pembelian atas talian pada harga yang berpatutan.

Album-album Judas Priest masih belum dibuka.
6) Megadeth KL - Iron Maiden dah tak pandang Singapore, Metallica pula tak singgah KL *haih~*. Tapi tak mengapa (parap-parap), hati yang lara dipujuk oleh Abang Mus dan Megadeth kerana KL merupakan satu daripada persinggahan tour Dystopia mereka di Asia Tenggara. Highlights, dapat jumpa geng bloggers - Bert (untuk kali kedua) dan Muspeed.



7) KucingHijau dwi-dekad - Tahun ini juga menandakan 20 tahun aku telah menggunakan moniker KucingHijau, tak ingat tarikh tepat, tapi sekitar Ogos 1997 di area Sungai Dua depan USM (macam mana aku boleh terlepas buat entri ni?).

Gambar hiasan (imej cilok).
Bermula sejak zaman Hotmail, kemudiannya menjadi nick mIRC. Bersambung dalam Friendster, MySpace, Blogspot (Blogger) dan seterusnya media sosial terkini Facebook, Twitter, Goggle+ dan Instagram. Gelaran Ijau mula diguna oleh rakan-rakan mIRC (ketika itu) terutamanya ketika gathering dan ia melekat sehingga kini.

*AADI merupakan blog perhobian, jadi yang tidak berkaitan dengan hobi amat jarang aku kongsikan dalam blog. Dan yang sedih-sedih tu biasanya aku tolak tepi... Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang masih setia mengikuti blog AADI. Moga 2018 menjadi tahun yang ohsem untuk perhobian kita semua.

_____
AADI: Selamat tahun baru 2018!

Gerhana Penuh Hati Si Korawk


Setiap kali gitar ni dihantar untuk diservis (seperti entri ini dan ini) terasa agak sedih, kerana suatu ketika ia pernah menjadi gitar aku (ex-Dark Moon).


Servis kali ini untuk "dicuci" dan dipasangkan dengan set tali baru, D'Addario 9-42 set terakhir daripada kotak. Tak sampai hati aku nak letak gambar sebelum diservis - tali karat, hardware karat, berdebu tebal, bertahi cicak(?) dan residu-residu manusia.

Bateri pikap pun tidak pernah ditukar sejak setahun yang lepas, membuatkan output pikap EMG semakin lemah, pulas full gain pada amp pun bunyi cuma tahap crunchy saja. Tukar bateri, barulah outputnya ada umph!

Lagi sedih bila dengar cerita gitar ini akan berpindah milik selepas diservis. Apa dah jadi Korawk?

_____
AADI: Kalaulah waktu itu sudah tiada "kouta-4" seperti sekarang.

Naga Menangis Di Sebauh


Aku letak gambar dululah, nanti ada masa aku karang ayat. [Edited 7.35 pm] Baru ada masa mengarang ayat...

25/9/2016 - MUP menyertai Gegar Juara Kugiran: Battle Of The Band anjuran Pejabat Daerah Sebauh bersempena sambutan ulang tahun Sebauh menjadi daerah, bertempat di Balai Raya Sebauh. Rasanya ini kali pertama MUP beraksi di luar Bintulu.

X-11 Azrol bermasalah, pinjam Mirage aku.
Kurang persediaan kerana hanya praktis secara berkumpulan sekali pada hari sebelumnya. Jadi tak berharap untuk menang apa-apa, hanya buat persembahan enjoy ala-ala gig. Lagu yang dipilih pun lagu "playsafe" MUP - Tears Of The Dragon (instrumental), 2 Minutes To Midnight dan Kabus.


Disertai oleh sembilan buah kumpulan yang separuh daripadanya adalah rakan-rakan seperjuangan dari Bintulu juga - Nawaitu, NV Unity, Natas dan Pro-X.

Cuma agak kurang puas hati sebab banyak masa terbuang mendengar taklimat panjang lebar syarat-syarat BOTB dan menunggu seorang juri yang lambat datang (alasan artis AF?). Acara hanya bermula sekitar pukul 10.00 pagi, padahal masa yang terbuang tadi sebenarnya boleh diisi dengan sessi soundcheck penuh untuk setiap band yang kebanyakannya sudah datang sejak pukul 8.00 pagi lagi.

Bloggers Bintulu.
Post-mortem untuk MUP:
  1. Seperti biasa perlu banyak praktis, praktis dan praktis.
  2. Kurang penguasaan pentas, perlu praktis gimik pentas macam Janick Gers.
  3. Sekali-sekala perlu ambil tindakan tatatertib pada ahli yang bermasalah.
  4. Tiga gitaris agak "overkill" untuk BOTB, terutamanya jika main chords yang sama, lebih baik kalau aku gantung gitar dan fokus pada vokal dan bermain tamborin sahaja.
  5. Nak tuntut "bragging rights" untuk soundcheck sampai puas hati jika ada BOTB lain.
Sebelum ada yang bertanya, nak video? Boleh singgah Facebook MUP, ada video amatur pendek di sana. [Edited 3/10/2016 12.15 pm] Video uploaded to YouTube by Adi Herman.


Photo credits: Fatarizt BRRU/Pro-X

_____
Ada apa: #54321mula

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger