Showing posts with label tarot. Show all posts
Showing posts with label tarot. Show all posts

17 Tahun Berlalu


Entri rutin tiap kali pertengahan Mac, ulang tahun terhobi bergitaran. Tiada entri bragging rights untuk tahun ke-17 ini, tiada peningkatan perbatuan kegitaran sepanjang 2025 (kecuali perolehan Iron Cross). Tiada gig atau persembahan awam yang disertai tahun lepas, jamming pun rasanya cuma dua kali.

Untuk entri tahun ini dapat idea daripada video Glenn Fricker bertajuk "This record is why you're broke" yang bertanyakan album apakah yang mendorong dan pencetus untuk belajar bermain alat muzik. Dan seterusnya menjadi "miskin" kerana perbelanjaan berkaitan peralatan tersebut.

Untuk belajar bermain bass, pencetus pastinya Marko Hietala (Tarot) daripada album Crows Fly Black dan seterusnya persembahan live mereka dalam DVD Undead Indeed. Bass Warwick Infinity NT memang telah dikagumi sejak zaman DVD End Of An Era Nightwish (versi JS je). Nekad untuk mendapatkan sebuah set bass Ibanez GSR190J (ex-Crows) semata-mata untuk belajar.

"aku rasa nak bg nick kat bass aku ni, sbb dia itam... aku nak bg nick CROWS tribute lagu/album tarot "crows fly black" (wlupun marco guna warwick bkn ibanez)"

- Entri 2009.

Kalau gitar pula tercetus keinginan selepas menonton DVD One Cold Winter's Night Kamelot, yang kebanyakan lagu-lagu di dalamnya adalah daripada album Epica dan The Black Halo, dua album Kamelot teratas kegemaranku. Ketika itu terfikir "oh alangkah amat bestestnya perasaan kalau dapat main gitar seperti *Thomas Youngblood". Seterusnya menarik picu untuk mendapatkan gitar elektrik pertamaku Ibanez Gio GRG270 (ex-Mephisto).

"spt biasa, aku akan bg nickname utk gitar2 aku. utk ibanez gio roadgear ni disebabkan 'tanduk' tajam (trademark roadgear series) tu nmpk wicked, aku bg nick MEPHISTO nama diambil drp lagu march of mephisto tribute utk band kamelot (bkn mephisto dlm game diablo II) ... another ibanez added to my arsenal"

- Entri 2009.

_____
AADI: *Horizon headstock lidah/daun.

Tarot Kembali


Melihat Tarot kembali beraksi one-off di kampung halaman mereka (Kuopio) membuatku tersenyum. Walaupun pentas taklah segah pentas festival besar, tapi biasanya pentas kecil begini lebih happening, mengingatkan aku pada konsert mereka dalam DVD Undead Indeed.

Imej cilok web Wings Of Darkness.

Selepas kematian drummer Pecu Cinnari beberapa tahun lepas, aku jangkakan Tarot akan bubar. Tapi agak terkejut bila mana ada cerita rehearsal Tarot dalam Youtube Zaku (Zachary Hietala) beberapa bulan lepas. Tak pasti pula siapa drummer pengganti.



Begitu juga dengan abam Marco (Marko Hietala) yang kini kembali aktif dalam scene tempatan Finland dengan band solonya selepas pencen scene antarabangsa (namely Nightwish).

Welcome back abam Marco, nampak berisi dalam video di atas.

_____
AADI: Sayap-sayap kegelapan (atau kepak-kepak lebih tepat?).

Marco Hietala Pencen?


Agak terkejut dan sedih bila dapat tahu yang Marko Tapani "Marco" Hietala meninggalkan Nightwish dan kehidupan selebriti secara amnya, kerana *terkilan(?) dan untuk fokus kepada kesihatan(?) dan keluarga(?).

*Dengar reaksi dan ulasan Herman Li.


Pada mereka yang mengikuti AADI sejak 10+ tahun lepas pasti tahu yang Marco Hietala merupakan satu daripada bassist idola aku. Sering disebut-sebut dalam AADI sebagai pengaruh besar untuk aku belajar main bass - bukan Harris, Burton, Newsted, Ellefson mahupun Lemmy. Warwick Infinity dan Vampyre yang dipopularkan oleh Marco sehingga kini masih menjadi bass final fantasy aku (Buzzard aku tak minat).

Imej Wiki.

Kali terakhir dengar cerita pasal Marco dia menang rancangan reality Masked Singer Suomi menggunakan moniker Tohtori Disember lepas. Mungkin satu daripada faktor *terkilan pada perenggan pertama?

Nightwish ni satu daripada lima band bucket list yang aku teringin nak tengok konsert mereka secara live selain Iron Maiden (Singapore 2011), Metallica (KL 2013), Megadeth (KL 2017) dan Kamelot. Walaupun bukan tahap follow berabis, tapi dalam Nightwish ni ada dua idola/ikon yang berpengaruh dalam kehidupan metal aku iaitu Marco Hietala dan Floor Jansen.

Agak terkilan juga sebab tiada lagi peluang menyaksikan Marco beraksi atas pentas. Paling hampir ketika konsert Nightwish di Singapura tahun 2016. Itupun terpaksa dilepaskan atas alasan-alasan standard.

Tinggal Tuomas dan Emppu sahaja OG line-up.

Selepas ini Nightwish katanya akan menggunakan khidmat sessionist untuk tour album baru mereka yang akan datang. Tarot? Aku tak tahu, mungkin tidak lagi aktif semenjak drummer Pecu Cinnari meninggal dunia beberapa tahun lepas.

Apa-apapun, selamat berpencen dan kiitos untuk muzik Nightwish dan Tarot. Sejak aku mengenali kedua-dua band ini pertengahan 2000an, ada beberapa produk mereka merupakan soundtrack of my life, terutama album Once, Dark Passion Play dan Crows Fly Black. Yang pasti, aku akan cuba cover satu lagu Tarot masuk dalam setlist jamming kelak.

_____
AADI: Kebetulan hari ini merupakan hari lahirnya yang ke-55, happy birthday Abam Marco!

Wordless Wednesday: Gunslinging Zaku



Cilok pic Bro Sub.

_____
AADI: Idea untuk modifikasi guna sticker...

Hitam Berkilat


Hiburan semasa pemanduan pergi-balik kerja minggu ini... Kompilasi Shining Black (The Best Of Tarot 1986-2003) daripada kugiran lagenda heavy metal Finland, Tarot.


Aku pernah buat entri pasal kompilasi ni tahun 2009 dulu (zaman mula rancak ber-eBay), sila abaikan gaya penulisan/bahasa rebellious ketika itu.


The glorious 80s - Marco Hietala yang agak mengerikan.

Tarot yang telah wujud sejak 80an tidak begitu dikenali sehinggalah Marco Hietala menyertai Nightwish awal 2000an. Selepas itu rilisan Tarot menjadi buruan peminat Nightwish (seperti aku).

Sekarang ni agak sukar untuk mendapatkan rilisan-rilisan lama Tarot di eBay. Jika ada pun dijual pada harga yang agak premium.


Harapnya Tarot dapat merilis semula album-album lama mereka dalam bentuk cetakan semula atau remastered, dan bukannya merakamkan semula seperti album The Spell Of Iron MMXI.

_____
Ada apa: Minggu depan cuba layan semula Crows Fly Black.

Tarot - The Spells Of Iron MMXI


Entri merapu pertama untuk 2014 (entri semalam tak kira sebab entri Wordless Wednesday)...

Bungkusan eBay yang terakhir untuk tahun 2013 (tapi bukan pembelian terakhir) diterima Isnin lepas (30/12/2013), tak lain tak bukan beralamat daripada estock_deutschland.


Kali ni berisi album studio terkini kumpulan Tarot - The Spell Of Iron MMXI. Walaupun ia keluaran 2011 tapi baru sekarang ada peluang untuk memilikinya. Itupun disebabkan ia tersenarai dalam estock_deutschland pada harga tersenyum €5.25 (RM24.04) - new and still sealed!

Slipcase.
(P)(C) 2011 Nuclear Blast GmbH, made in Germany I presume. Seperti yang pernah aku bebelkan beberapa tahun lepas, album ni merupakan versi rakaman semula (re-record) untuk album pertama mereka keluaran 1986 dengan tajuk yang sama The Spell Of Iron.


Tracklist
  1. Midwinter Nights
  2. Dancing On The Wire
  3. Back In The Fire
  4. Love's Not Made For My Kind
  5. Never Forever
  6. Spell Of Iron
  7. De Mortui Nil Nisi Bene (instrumental)
  8. Pharao
  9. Wings Of Darkness
  10. Things That Crawl At Night
    Bonus track
  11. I Walk Forever (live with choir @ Ruisrock 2010)
Walaupun aku tidak pernah memiliki album versi asal, tapi ada beberapa lagu versi asal pernah didengar sebelum ini seperti lagu Midwinter Nights, Dancing On The Wire, Love's Not Made For My Kind, Wings Of Darkness yang ada dalam album kompilasi Shining Black (The Best Of Tarot 1986-2003).

Manakala Back In The Fire dan Things That Crawl At Night pernah didengar menerusi album live Undead Indeed. Secara peribadi, album ni lebih menarik berbanding album studio mereka sebelumnya Gravity Of Light. Jadi, usaha mereka merakam semula album ni memang berbaloi.

Oh Abang Marco~
Tapi yang pasti lagu Wings Of Darkness memang lagu kegemaran aku, antara lagu yang terawal aku belajar main bass. Wings Of Darkness versi 2011 dalam album ni ada sedikit berbeza liriknya (mungkin pada lagu-lagu lain juga), diolah beberapa ayat tapi masih mengekalkan susunan muzik yang sama (kecuali solo Zack yang agak berbeza).


Oh ya, sebutan "iron" dalam lagu The Spell Of Iron disebut sebagai "ai-ren" dan bukan "a-yen". Sama seperti yang disebut dalam lagu Blind Guardian Time Stands Still (At The Iron Hill). Siapa pakar bahasa, adakah sebutan begini ada maksud lain (maksudnya selain "besi") atau loghat/sebutan orang-orang Scandinavia memang begitu?

_____
Ada apa: Apa cerita Battle Hymn MMXI?

2013 yang...


Hari terakhir untuk tahun 2013, menoleh kembali aktiviti yang menarik dalam AADI sepanjang 2013...

1) Equipments - Bagi mereka yang dah mengikuti AADI sejak beberapa tahun lepas pasti tahu perangai aku yang suka bertukar-tukar pasangan gitar dan juga GAS untuk memiliki gajet kegitaran yang lain. Alhamdulillah tahun ni agak kurang rancak hehehe...

Tak kurang juga gajet yang telah bertukar milik (aka di"let-go") - CC-1, GART20, Micro-Cube, SN-2, DM4.0S, UPC688, FX-600.

2) Music life - Tahun 2013 juga menyaksikan Metuk Ulau Project agak aktif dalam kancah muzik bawah tanah Bintulu berbanding tahun lepas. Walaupun sering bertukar-tukar line-up, termasuk pemuzik bermusim (seasonist), tapi tunggak utama iaitu geng Hepi;) - aku, Azrol, Bob Kandar - akan memastikan nadi MUP terus berdenyut.


Antara gig dan persembahan awam yang disertai sepanjang 2013:
Untuk 2014, dah ada perancangan jangka pendek untuk MUP. Antaranya menyiapkan lagu sendiri yang masih belum ada lirik dan juga mencari ahli tambahan sama ada tetap ataupun bermusim.

Oh bab kumpul CD masih diteruskan, lebih-lebih lagi sejak mengenali estock_deutschland. Perangai eBayholic aku kembali walaupun tak serancak tahun 2009 dulu. Nampaknya lepas ni nak kena beli sekurang-kurangnya mini hi-fi untuk halwa telinga di rumah, selalu layan CD audio ni dalam Imago je (di rumah layan versi mp3 guna PC).

Last CD for 2013.
3) Metallica live in Kuala Lumpur! (21/8/2013) - Sejak mendengar Black Album mereka hampir 20 tahun lepas, akhirnya tercapai jua hasrat aku untuk menonton konsert Metallica (live, bukan DVD ye~) walaupun hanya tiket murahan.

Pic courtesy of Dead Eye Guitars.
Pic courtesy of Dead Eye Guitars.
Cerita mengenai konsert ni boleh baca entri "Selamat... Thank you" dalam tiga bahagian (Part 1, Part 2, Part 3).

Iron Maiden sudah, Metallica pun sudah. Mungkin lepas ni aku teringin nak tengok konsert Megadeth, walaupun Megadeth selalu turun buat konsert di Singapore, aku harap suatu hari nanti mereka juga dapat lepas masuk ke Malaysia.

Dapat jumpa Ezaidi (tauke blog Metal Brain Asylum).
Selain Megadeth, mungkin teringin nak tengok konsert HammerFall, Kamelot, Tarot, Nightwish, wish on... Itupun jika mereka sudi singgah di rantau Nusantara ni (dan aku masih punya kudrat fizikal dan material).

4) Accident Of Birth - Aku jarang bercerita pasal kehidupan harian dan keluarga dalam AADI, bagi aku AADI ni didedikasikan sebagai blog perhobian dan santai. Tapi peristiwa ni antara yang menyentuh emosi (selain kematian Tamaki). Mungkin belum ada rezeki untuk Lil'Ijau menjadi seorang kakak, dan sudah pasti ada hikmat di sebalik setiap ketentuan-Nya.

Selamat Tinggal 2013...

_____
Ada apa: Harapan untuk 2014? Oh~ Itu boleh cerita dalam entri tahun depan.

Ada Apa Dengan The Spell Of Iron MMXI?


Album studio "terbaru" Tarot bertajuk The Spell Of Iron MMXI (released on 6/4/2011). Ia merupakan rakaman semula (re-recorded) album pertama Tarot pada tahun 1986 iaitu The Spell Of Iron bersempena dengan ulangtahun ke-25 Tarot. More info please visit Tarot official website.

Cover art versi 2011 (imej link dari website Tarot).

Cover art versi asal (imej link dari website Tarot).

Masa untuk mencari album ni di eBay! Sementara tu, mari layan video clip Wings Of Darkness versi re-recorded...

Marco tetap setia dengan Warwick Infinity NT (semenjak menyertai Nightwish), manakala abangnya Zack seperti menggunakan custom Charvel - nampak macam ada logo Tarot pada area pickguard, adakah ia signature series atau sekadar custom made?

Apa kata layan versi asal?

Hehehe, your average 80's Metal~

Album-album Tarot yang aku ada setakat ni:

  1. Shining Black (compilation)
  2. Suffer Our Pleasures
  3. Undead Son, Mama (single)
  4. Crows Fly Black
  5. Undead Indeed (CD/DVD)
  6. Gravity Of Light

_____
Ada apa: Adakah ini idea yang dicilok daripada Battle Hymns MMXI Manowar?

Tarot - Undead Indeed (Part 3)


Tak banyak cerita, lagi bungkusan eBay dan lagi kes isu berbangkit. Bukan kes imitation, counterfeit atau pirated CD, tapi kali ni kes kesilapan info daripada seller. Dalam item info, seller mention item ni ialah Tarot Undead Indeed 2-disc version. Untuk keterangan lanjut, aku tanya seller adakah ia 2-disc audio CD version atau CD/DVD version seperti yang aku beli dari Jerman tahun lepas. Dengan confident seller reply mengatakan item ni ialah 2-disc audio CD version.

Aku terima bungkusan dari UK ni dua minggu lepas (dapat serentak dengan bungkusan Dominator), bila dibuka... Isi kandungannya ialah, yet again Tarot Undead Indeed CD/DVD version, bukannya 2-disc audio CD seperti yang dinyatakan oleh seller.

Yup, new and still sealed. No cracks on jewel case either.

Masih ada magnetic security bar lagi.

Apa beza 2-disc audio CD version dengan CD/DVD version ni? Oke, versi yang aku ada ialah CD/DVD version mengandungi [1] audio CD dan [2] DVD konsert, tapi kandungan [1] audio CD tak lengkap, maksud aku bukan semua lagu diorang sumbat dalam audio CD tu (lagu favourite Wings Of Darkness tak masuk), kalau dibandingkan dengan tracklist dalam [2] DVD konsert.

2-disc audio CD version pulak mengandungi lengkap semua lagu dan interlude borak-borak bahasa Suomi seperti dalam konsert DVD, spanning in two separate audio CD.

Aku hubungi seller sejurus selepas sessi fotografi album ni. Seller mengaku salah dan minta maaf sebab tak cek betul-betul, dia ingat cuma ada versi CD/DVD saja yang wujud. Seperti biasa seller suruh pulangkan semula item ni dan dia akan full refund. Tapi aku kata tak payahlah return and refund memandangkan stuff Tarot memang rare, apatah lagi album Undead Indeed ni yang aku dengar-dengar limited stuff.

Jadi kepada peminat-peminat Tarot, kalau-kalau ada yang berminat untuk memiliki album ni bolehlah hubungi aku sebelum aku iklankan di MTM Classifieds atau Mudah.my. But be aware as other rare Tarot stuff, harganya memang premium, apa-apa sila mesej aku sebab aku tak berani letak harga kat entri ni.

Mai layan Ashes To The Stars, sedikit preview dari DVD ni.

More info at Wikipedia and Tarot Official Website.

_____
Ada apa: Sahur cornflakes lagi ;)

Tarot - Suffer Our Pleasures


Rupanya ada beberapa CD eBay yang aku belum buat entri (bukan review, sebab aku collector bukan reviewer) - Imaginations From The Other Side, The Chemical Wedding dan CD ni. Kadang-kadang tak tau apa nak tulis.

Owh btw, bungkusan ni dari UK dengan setem Queen Elizabeth special edition - edisi besar gedabak! Hahaha! Dua atau tiga kali ganda lebih besar daripada setem Queen Elizabeth standard. Bungkusan ni aku lupa bila aku terima, mungkin awal bulan Mei kot? Berisi CD Tarot album Suffer Our Pleasures.

Besar gila setem ni. Mhagnoth, adakah anda berminat?

eBay purchase info

  • Purchased from: nik_moore
  • Location: UK
  • Condition: New?
  • Price paid: £5.50+2.30 (RM39.10) menang bid
  • Ordered: 30/4/2010
  • Received: x/5/2010
  • Label: (P) 2003 Spinefarm Records (C) 2003 Ranka Publishing
  • Made in: Finland?

Macam tak sangka la pulak aku menang bid CD ni, memang rare dan susah cari CD ni kat eBay. Kalau ada pun memang harganya premium. Except their new album, most Tarot stuff were premium these days, damn! Album Crows Fly Black pun sekarang dah mahal, nasib baik aku beli waktu masih harga standard.

Tracklist

  1. I Rule
  2. Pyre Of Gods
  3. Rider Of The Last Day
  4. Follow The Blind <- Aik? Macam tajuk lagu Blind Guardian je
  5. Undead Son
  6. Of Time And Dust
  7. From The Void
  8. Convulsions
  9. From The Shadows
  10. Painless

Lagu favourite - I Rule, Pyre Of Gods, Rider Of The Last Day dan Undead Son, sebab keempat-empat lagu ni diorang ada main dalam konsert (DVD) Undead Indeed. Btw, aku jugak ada Undead Son singles.

CD diterima dalam keadaan yang memuaskan, walaupun jewel case nampak macam dah seasoned, tapi inlay masih baru dan CD shiny scratchless. Daripada inlay, Tommi Salmela belum lagi menjadi ahli rasmi, hanya disenaraikan sebagai backing vocals.

Eh? Zach Guna ESP dalam video ni?

_____
Ada apa: Yeah yeah... Another Hietala Brothers product.

Tarot - Gravity Of Light


Bungkusan dari US yang diterima pagi tadi, berisi CD dari band lagenda Finland - Tarot, with their new 2010 album Gravity Of Light. Walaupun bungkusan ni dari US tapi CD ni merupakan imported CD from Mexico, seperti yang dimaklumkan oleh seller (currently there are no US pressing for this album).

Kenapa beli Mexican press? Pressing ni saja yang murah kat eBay buat masa ni, kalau other European press (especially Germany or Finnish press, original Nuclear Blast) mau dekat-dekat RM80 per CD, gila!

eBay purchase info

  • Purchased from: chuff000
    (seller yang sama untuk CD The Black Halo)
  • Location: USA
  • Condition: new & sealed!
  • Price paid: US$8.99+6.90 (RM52.10) buy it now
  • Ordered: 21/4/2010
  • Received: 4/5/2010
  • Label: (P) 2010 Scarecrow Records (C) 2010 Nuclear Blast
  • Made In: Mexico

Walaupun masih sealed, tapi jewel case dah teruk retak. Nasib baik jewel case biasa senang nak ganti, kalau kena super jewel case memang susahlah nak ganti. Nampak sangat Mexican press sebab ada promo sticker dalam bahasa Spanish:

"Heavy Metal Finlandia, Banda Formada A Mediados De Los 80 Por Los Hermanos: Marco Heitala (Nighwish), Zachary Hietala. Gravity Of Light Llega La Posicion #2 En Los Charts De Finlandia" - translate sendiri la

Dan seperti biasa album-album Tarot memang premium kat eBay. Album-album lama memang mahal walaupun berstatus used. Crows Fly Black pun sekarang tak jumpa lagi yang harga bawah RM50 (aku beli dulu versi Irond @ Russian press, RM43.94). Akupun kalau ada peluang memang aku bid semaksimum yang mampu untuk album-album lama Tarot. The rarest Tarot stuff I have in my collection was Shining Black (The Best Of Tarot 1986-2003).

Tracklist

  1. Satan Is Dead
  2. Hell Knows
  3. Rise!
  4. Pilot Of All Dreams
  5. Magic And Technology
  6. Calling Down The Rain
  7. Caught In The Deadlights
  8. I Walk Forever
  9. Sleep In The Dark
  10. Gone
    Bonus Track
  11. End Of Everything

Lagu favourite? Ntahlah... Buat masa ni belum ada lagi yang boleh dikatakan lagu favourite, aku rasa semua lagu-lagu dalam ni best, Tarot in their prime. Lagipun nampaknya Tarot kali ni pandai menyusun antara lagu-lagu rancak, medium dan slow yang diselang-selikan. Dan memang amat sesuai album ni dimulakan dengan lagu Satan Is Dead yang berentak rancak.

Album ni masih mengekalkan konsep 'berat' seperti album terdahulu iaitu Crows Fly Black (Marco main bass D-tuning dan drop-C), with Zach's heavy riffing and licks (shredder who still used vintage Kramer guitars), tapi dihalusi dengan alunan keyboard Janne Tolsa (standard band Metal Scandinavian mesti ada keyboard). Album kali ni ada banyak lagu duet antara Marco Hietala dan Tommy Salmela (suara Salmela ada iras-iras suara Abang Ozzy) tak macam album sebelumnya Crows Fly Black.

Jika anda meminati old-school Metal with modern sound, album Gravity Of Light ni pastinya tidak akan menghampakan anda. More info please visit Tarot Official Wings Of Darkness Website or Wikipedia.

_____
Ada apa: Aik? Mana Promise And Terror belum sampai-sampai lagi ni?

Ada Apa Dengan Gravity Of Light?


New album from Finnish legendary Heavy Metal band, Tarot - Gravity Of Light, released 10/3/2010. Apa? Tak tau band Tarot? Hmm... Kalau band Nightwish tau kan? Ni la band asal Bassist Nightwish, Marco Hietala yang dah wujud since the 80's... Made famous with their Wings Of Darkness song (teringin nak cover lagu ni, tapi bandmates tak tau lagu ni, macam kes lagu Wasted Years)

Image link from Tarot official website.

Kat eBay album ni dah ada jual tapi memang mahal sebab pre-sell @ £29.99 (RM150 gila!). Kena tunggu beberapa bulan lagilah baru dapat harga yang agak berbaloi. Nak jumpa album ni kat Malaysia? Jangan haraplah! Album Crows Fly Black pun aku tak pernah jumpa kat kedai-kedai CD even from the reknowned big company such as Speedy Video, Victoria Music Station dan Tower Records.

[Edited: Sepatah haram aku tak paham bahasa Suomi ni...]

_____
Ada apa: Nak try sedut mp3 dulu la...

tarot - shining black (the best of tarot 1986-2003)


bungkusan dari finland yg diterima serentak dgn dvd flight 666 1/9/2009 dulu. ofkos cd order kat ebay, apa lg... isi kat dlm cd tarot album shining black (the best of tarot 1986-2003) yg sememangnya antara cd yg rare kat ebay (hmpr semua album2 tarot kecuali crows fly black mmg susah nak cari kat ebay) yg ni pun tutup mata aku bid tggi2 nasib baik cd ni nmpk baru wlupun statusnya used

ebay purchase info

  • purchased from: aor-johtaja
  • location: finland
  • condition: used
  • price paid: US$6.30+8.00 (RM51.58) menang bid
  • ordered: 2/8/2009
  • received: 1/9/2009
  • label: (p) & (c) 2003 bluelight records, a division of mutant music production
  • made in: austria

jewel case dah nmpk seasoned sket, tp isi kat dlm masih oke... ada 2 inlay, 1 inlay utk info dan cerita setiap lagu dan 1 inlay utk lirik. kedua2 cd nmpk masih baru shining scratchless

tracklist

disc 1

  1. wings of darkness
  2. midwinter nights
  3. dancing on teh wire
  4. love's not made for my kind
  5. rose on the grave
  6. lady deceiver
  7. no return
  8. breathing fire
  9. do you wanna live forever
  10. the invisible hand
  11. live hard die hard
  12. in my blood
  13. guardian angel

disc 2

  1. children of the grave (live)
  2. iron stars (live)
  3. the colour of your blood (live)
  4. angles of pain
  5. e.t.i
  6. as one
  7. state of grace
  8. i don't care anymore (1995 version)
  9. descendants of power (1995 version)
  10. warhead
  11. crawlspace
  12. i'm here
  13. the punishment
  14. generation clash
  15. locomotive breath (acoustic)

semua lagu2 dlm album ni (kecuali wings of darkness, guardian angel, angels of pain, warhead dan crawlspace) amat asing bg aku sbb aku xpnh dgr sblm ni... dlm dvd (live) undead indeed pun xde dorg main lagu2 ni (kecuali 5 lagu tu)

aku mula berjinak2 dgn band tarot ni pasal aku minat vokal tenor marco hietala waktu nyanyi bbrp lagu dlm album2 nightwish (century child, once, dark passion play). rupa2nya tarot dah lama wujud (zmn 80's glam/hair rock) jauh sblm wujudnya nightwish. berikut antara versi2 wings of darkness yg ada kat youtube

80's video clip version. very, very 80's... (gotta love the 80's)

2003 version

2006 version from undead indeed dvd

lagu wings of darkness ni antara lagu 1st yg aku try waktu mula2 blajar main bass... sbb senang mcm lagu2 grunge xbyk progressive bassline

other tarot stuff in my collections:

more info about tarot on their official website at wingsofdarkness.net (atau wiki)

_____
p/s: zachary hietala still guna gitar kramer... vintage 80's beb

tarot - undead son, mama (single)


bungkusan dari jepun la yg dtg serentak dgn hootie dan natalie jumaat lps 24/7/2009. menang bid drp user pricekillers001 dgn hrga US$5.01+5.00 (RM35.25)

kronologi - order 14/7/2009, cop nippon post 15/7/2009, cop pelepasan kastam 20/7/2009, cop pjbt pos bintulu 23/7/2009 okela tu

tarot - undead son, mama (single) used. apala sgt 2 lagu dlm 1 cd... mcm xberbaloi dgn hrga tu kan? heh, apa bleh buat dah minat tarot, wat koleksi, single pun single la. wlupun dari jepang, tp cd ni finland press under spinefarm records helsinki, finland dgn jewel case yg agak unik, semua masih dlm keadaan mcm baru, disc scratchless

tracklist

  1. undead son
  2. mama (genesis cover)

lagu undead son pun kira best gak, dipetik dari album suffer our pleasures. dlm album undead indeed pun ada lagu ni dorg main live

ekceli xde cerita apa2 pasal album ni selain drp menambah koleksi tarot aku. skrg ni pun tgh bid album shining black (kompilasi) dan to live forever... apa2 info bleh tgk kat website rasmi tarot

_____
p/s: hoho abg marco...

tarot - crows fly black


seperti yg dijangkakan, cd yg aku order kat heavy.music.store ebay dah smpi arini... apa dia? tarot - crows fly black. waktu aku tgh bz menampal carta organisasi baru tiba2 en. mag panggil "ada bungkusan registered dari russia"... aik russia? bkn finland ke? lps sain buku dispatch brother posmen aku belek2 bungkusan tu - warshawskoye way, 115127 moscow, russia... mmg betul dr russia (kat dlm ebay tu tulis location finland) ah whateva!

yg aku ingt aku order kat ebay 27 april, chop pos russia 28 april... chop pelepasan kastam m'sia (klia, sepang) 6 mei, chop pjbt pos bintulu 11 mei... kira okela proses dlm 2 mggu je, xsangkut lama kat mana2. buka2 je bungkusan, cd masih lg sealed... walauwei! mcm biasa ada crack sket kat case, kali ni kat blkg (ni msti efek chop pelepasan kastam la ni, dorg hentak kuat2)

aku minat sgt dgn work art album ni, mula2 aku ingt mamat dlm gmbr tu marco... rupa2nya bkn, sekadar hiasan...

sdkt info kat blkg cd - "... (P) 2007 by irond ltd. under license from nuclear blast" then tulisan russia yg sepatah haram aku xpaham... yg plng best ada notis "for sales in the territory of russia, belarus, ukraine and baltic states only" hahaha! tp terlepas kat buyers m'sia... kenapa aku beli versi ni? sbb enhanced cd, ada bonus track - veteran of psychic wars, tarot media player dan videoclip ashes to the stars...

dan cd ni la yg plng murah (new & sealed) yg aku jmpa kat ebay dgn hrga US$7.88+6.00-1.95 (RM43.94) yg lain over RM50, buka dlm tgk cd mmg clear berkilat scratchless... test play kat pc cubicle aku 2-3 round mmg perfect!

info pasal album ni & band tarot korg bleh check kat website rasmi tarot xyah aku nak cerita pnjg2 or review... bg aku hampir semua lagu2 dlm album ni best2... tapi klu suruh pilih aku rasa lagu febret aku crows fly black (heh, nick bass aku), traitor, ashes to the stars, tides dan you. nak baca review album ni? aku rekomenkan pi dua site ni - Encyclopaedia Metallum - Reviews for Tarot (Fin) - Crows Fly Black atau [Metal-Temple_com] Tarot - Crows Fly Black (Review)

ekceli, aku dah donlod mp3 album ni thn lps hehehe~ (skali dgn album undead indeed) siap burn kat cd utk play kat dlm imago aku... layan tarot smbl drive pi keja (or waktu balik stuck dlm traffic jam) tp, sbg tanda support tarot & marco, aku berusaha beli cd ori (cari kat ebay) yg aku rasa xde jual kat m'sia (klu ada pun mesti susah cari... kedai aunty kat campbell's maybe ada kot?) aku akhiri dgn frasa cilok dr abg. ben "Kalau minat dengan satu band, beli ORIGINAL! Apa cerita beb, kata support tapi beli pirate!"

_____
p/s: kdg2 bleh gian gak mail order @ ebay ni... xpyh susah2 cari cd/dvd febret kat kedai, yg penting sabar menunggu & ujung bln byr kad gores ;)

tarot - undead indeed (part 2)


kol 7 mlm td kitorg 1 jbtn serbu dewan hockien yg mmg betul2 berada di blkg jbtn kitorg sbb dah booking 7-9 mlm utk main tabis hehehe... (badminton la), aku blk awal dlm kol 8 lps abis 1 game... malas nak layan kerenah staf2 lain yg over-excited berebut2 nak main xbg can org lain...

smpi rmh masak air (utk mee segera hehehe) smbl layan dvd konsert live tarot - undead indeed yg aku terima pg td... jom layan! sambung review pasal cd/dvd ni... 1st of all, yg aku tau album live tarot ni ada 3 versi (xtau la klu2 ada versi lain) [1] versi cd audio 2 disc [2] versi dvd konsert [3] versi set cd+dvd (yg kononnya limited 1000 copies)

aku beli versi set cd+dvd sbb limited 1000 copies tu kot (ntah betul ke x) ekceli aku nak tgk bab dvd konsert (tgk teknik marco main bass) sblm ni tgk bbrpa klip kat youtube... mp3 utk album ni aku dah donlod thn lps (hehehe... xpe atleast aku dah beli versi ori, support tarot la) album yg aku beli ni official release nuclear blast gmbh manufactured in germany bknnya re-release oleh label lain... nak kata masuk m'sia aku xtau la... rasa2nya xmasuk kot?

dvd konsert: live at rupla 2007 - ada 19 track, cd audio ada 14 track (klu versi cd audio 2 disc, semua lagu ada) dvd double layer (dvd9) region 0 - maknanya semua player bleh main. sket info camna nak tau dvd double layer (dvd9)

check kat properties dvd (windows) klu dvd single layer (dvd5) kapasiti maksimanya 4.7GB, so klu kapasiti dvd tu >4.7GB maknanya dvd tu double layer (dvd9)

line-up dorg utk konsert ni
marco hietala - lead vocals, bass
zachary hietala (abg marco) - guitars
tommi salmella - lead vocals, sampler
janne tolsa - keyboards
pecu cinnari - drums

aku xnak review semua (malas)... apa2 bleh check kat website rasmi tarot, cuma aku geram setiap kali klu tgk marco perform live (slalunya dgn nightwish) sbb geram dgn bass warwick infinity nt yg dia pakai... dlm konsert ni ada nmpk dia punya backup bass warwick vampyre biru tersadai kat blakang... dua2 axe idaman aku tu, cuma harganya xmampu aku nak bayangkan.


infinity nt & vampyre
pic cilok dr website warwick basses amps & rock'n roll

oke antara lagu febret aku dlm album/konsert ni - crows fly black (heh, nick bass aku), traitor, tides, wings of darkness & ashes to the stars... kecuali wings of darkness (lagu klasik 80an dorg) semua lagu febret aku tu drp studio album latest dorg crows fly black (2006) yg kebarangkalian cd yg aku order kat ebay dpt dlm mggu dpn

info drp inlay cd/dvd ni - diterbitkan oleh tuomo leskinen (apsal kebanyakkan nama org2 finland kat blakang ada ...nen?), dirakamkan di rupla kat kuopio, finland (klu xsilap hometown marco & zach) pd thn 2007... ala2 mcm kt hardrock cafe la ni...

pendapat peribadi aku? konsert yg sempoi, simple... sbb

  1. dressing dorg pun simple2 blaka, t-shirt & cargo pants 3/4, sneakers... nothing speacial
  2. konsert dorg ni langsung xde pyro (bungapi, letup2, dll) kecuali kombinasi lampu2 pentas & sket2 asap, tp persembahan ttp mantap dan menghiburkan
  3. wlupun interlude antara lagu dorg ckp bahasa suomi (bahasa org finland) tp nasib baik ada subtitle english :)
so, dari segi bintang... aku bg full 5/5 stars! ni la yg dikatakan penghibur sejati...

seperti ramai peminat marco/tarot yg lain... wlupun band tarot ni dah lama wujud since the 80s (zmn rmbt kmbg, sluar ketat, mekap2) aku cuma dpt tau slps aku minat band nightwish... yela kan marco femes sbb dia join nightwish (album century child) yg lebih mainstream drp band tarot. aku cukup minat dgn suara tenor marco yg epic (smpi try tiru vocal mcm marco)... tp dlm nightwish marco jrg vocal kecuali just utk 1-2 line @ lagu2 duet, tp dlm tarot marco conquer vocal (bersama tommi salmela)... dan 1 lg fakta - aku main bass sbb pengaruh marco hietala selain steve harris (hahaha mamat janggut tocang ala2 viking ni idola aku)

well... kpd kipas-keras-mati marco & tarot di luar sana, album ni mmg must-have collection, klu nak tggu masuk m'sia... ntahla bila (dah masuk ke?) so? enjoy the show!~ proud owner of the tarot - undead indeed live album

_____
p/s: marko tapani hietala... marco tu nama glamer je

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger