Showing posts with label kopi. Show all posts
Showing posts with label kopi. Show all posts

Ada Apa Dengan Wonda Kluang?


Khas untuk bloggers dari Johor dan peminat adiwira Keluang Man secara amnya. Minuman kopi susu Wonda edisi Kluang dengan tongkat ali. Dan sinonim dengan Kluang ialah Keluang Man yang katanya kini dalam pembikinan filem live-action berfasa oleh Astro Shaw.

Diperolehi di pawagam GSC Bintulu semasa menonton filem Mickey 17 minggu lepas melalui promosi dalam app GSC, Wonda Kluang + Calpis Soda dengan harga RM5.50 untuk kedua-duanya, amat berbaloi. Setakat ini aku belum pernah jumpa lagi Wonda Kluang ini di premis pasar raya, kedai runcit, Shell Select mahupun Kedai Mesra Petronas. Adakah ia eksklusif untuk GSC?

Rasa? Pahit-pahit hangit (tongkat Ali?) seperti Wonda Johor seperti dalam entri lima tahun lepas.

_____
AADI: Kopi Tiong Man? Ada taurina.

Expendable


Menonton filem Mickey 17 di GSC Bintulu tayangan 8.30 malam Jumaat lepas (7/3/2025). Kalau tengok tayangan siang tak dapat nak layan popcorn dan kopi *Keluang Man. Teringin menonton filem sci-fi begini selepas tertarik dengan trailer sejak tahun lepas.

Bergenre pengembaraan angkasa lepas, teknologi klonisasi dan makhluk asing ini memiliki elemen satira yang kuat seperti filem Starship Troopers dan satira-satira lain setaraf game Fallout.

Hollywood, memang tidak dapat lari daripada elemen DEI. Tapi untuk filem ini aku boleh terima berdasarkan jalan cerita yang segelintir umat manusia malang terpilih dibawa bersama pengembaraan empat tahun di angkasa lepas menuju planet Niflheim.

Cuma agak menjengkelkan watak-watak strong female/girl boss amat ketara. Hampir semua watak hebat seperti penguatkuasa, sekuriti pesawat, pemandu jentera berat dan "master of puppet" adalah wanita. Manakala lelaki kebanyakkannya memegang watak-watak beta-male, bodoh dan lembap. Tetap ada agenda LGBTQ+, tapi masih nampak logik berbanding girl boss tadi.

Seperti filem The Creator, latar belakang, lore dan world building filem ini boleh dikembangkan menjadi Mickey-verse untuk filem sekuel ataupun spin-off. Selebihnya, tak perlulah spoiler sangat...

_____
AADI: *Wonda Kluang Edition Coffee, akan dibuat entri berasingan.

Ramadhan 1446H


Ramadhan tiba lagi, ahlan wasahlan...

Sekadar gambar hiasan.

Tiada sinopsis untuk intro entri Ramadhan tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya. Hanya AADI ingin mengucapkan salam Ramadhan 1446H, selamat menjalani ibadah puasa kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca senyap yang beragama Islam.

_____
AADI: Coffizz = kopi O + krim soda, berkarbonat.

Ada Apa Dengan Big Power Energy Coffee?


Minuman tenaga berlogo imej singa, Big Power kini boleh didapati dalam perisa kopi. Ya, minuman tenaga, berkarbonat dan berperisa kopi, memang pelik. Demi untuk entri AADI, dicuba jua...

Sekali teguk, terberhenti sejenak untuk memproses segala rasa yang ada - pedih-pedih karbonat ada, manis pedar minuman tenaga ada, dan tiba-tiba penghujung tegukan ada pula rasa kopi. Pendapat aku, rasa kopi tidak sesuai untuk minuman tenaga berkarbonat begini. Jika ia diganti dengan perisa buah-buahan mungkin lebih mudah diteguk.

_____
AADI: Mungkin pertama dan terakhir.

Wajah Baharu Sundrop


Kesemua minuman tin jenama Sundrop memiliki visual yang diperbaharui dan dengan tin yang lebih tirus. Minuman kopi susu dan kopi-O kaw yang pernah dibuatkan entri sebelum ini juga tidak terkecuali.

Apa yang menariknya ialah visual ke-Borneo-annya yang ketara dengan slogan "Joy Of Borneo" dan imej-imej silhouette yang melambangkan Borneo. Selebihnya (rasa) masih masa seperti dahulu.

_____
AADI: Masih tak dapat teguk habis kopi-O kaw.

Ada Apa Dengan Nescafe Iced Chococino?


Nescafe Iced ketiga dicuba selepas perisa cappuccino dan caffe latte.

Perisa chococino ini rasanya seperti perisa caffe latte dicampur dengan Milo. Seperti biasa, sebotol 500 ml ini dikira sebagai dua hidangan kopi walaupun rasa kopinya tidaklah berapa ketara. Sejak tahun lepas mula menghadkan pengambilan kopi 1-2 hidangan sehari.

_____
AADI: Membuyuk (cheating) ambil kaffien daripada sumber lain pula.

Ada Apa Dengan Moccona Classic?


Dalam entri Nescafe Gold Decaf tahun lepas, Mus Mamu Vinyl ada komen pasal kopi Moccona. Ada kesempatan mencuba jenama ini beberapa bulan lepas di rumah mak mertua, fuh boleh tahan rasanya agak berbeza dengan rasa cliché kopi segera Nescafe.

Sampai Bintulu terus dicari, untuk permulaan ini versi classic ini dicuba dahulu. Warna dan fizikalnya seperti Nescafe Gold, harga pun taklah jauh beza dengan Nescafe Gold per isipadu.

Cuma agak menjengkelkan ialah penutupnya yang agak leceh dibuka, seperti membuka penutup kuih/biskut raya yang kedap udara. Silap teknik, pasti penutupnya akan terlepas atau lebih teruk, balang kopi terlepas dan pecah merata.

_____
AADI: Tunggu habis baru cuba versi dark.

Ada Apa Dengan Origina Double Espresso?


Bila terjumpa minuman berasaskan kopi, pasti akan dicuba. Kali ni Origina double espresso caramel macchiato, diperolehi di pasar raya D dengan harga RM3.50 untuk sepeket 200 ml.

Rasanya cukup lemak, cukup manis, cukup pekat, lebih sedap berbanding perisa coffee latte dalam entri tahun lepas. Saiz dan paketnya yang comel ini sesuai untuk "diseludup" masuk pawagam dalam beg *poket Doraemon aku. Contohnya ketika menonton filem D&D:HAT minggu lepas.

_____
AADI: *Gelaran oleh Mus Mamu Kari.

Ada Apa Dengan Wonda French Edition Coffee?


Seperti biasa, kopi tin menarik sebegini dijumpai di Kedai Mesra Petronas, kali ini terjumpa kopi susu Wonda edisi Perancis

Kenapa Perancis? Aku pun tak tahu, tapi rekabentuk grafiknya nampak seperti konfigurasi padang bola sepak dengan tema warna bendera Perancis. Tapi Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru ini Perancis tak menang pun, hehehe...

Aku menjangkakan rasanya seperti French latte jenama Frenché Roast, tapi ia lebih menghampiri rasa Nescafe tin perisa latte (label crème).

_____
AADI: Teringat edisi Johor beberapa tahun lepas.

Ada Apa Dengan Wonda Milk Coffee?


Mulanya aku menjangkakan ia adalah kopi Wonda yang sama seperti versi tin, ternyata rasanya ada beza sedikit.

Dari segi nama/label, kopi tin Wonda berlabel "premium coffee", versi botol ini pula berlabel "milk coffee". Apa sajalah... Yang pasti lebih puas meminum versi botol berisipad 340 ml ini. Seperti biasa diperolehi di Kedai Mesra Petronas dengan harga aku pun dah lupa, mungkin RM4.00+ kot?

_____
AADI: Wonderful coffee.

Wordless Wednesday: Project CHNO



_____
AADI: Ambil gambar saja, tak beli pun...

Ada Apa Dengan Nescafe Dairy Free Oat Latte?


Satu lagi Nescafe versi dairy free dicuba selepas perisa badam latte bulan Februari lepas, kali ini perisa oat latte.

Tidak seperti perisa badam latte, perisa oat latte ini bagi aku agak menghampakan. Rasa kopinya tak seberapa seolah-olah tenggelam oleh rasa oat, pun tak seberapa. Pertama dan terakhir...

_____
AADI: Selamat ber-Disember.

Ada Apa Dengan Leaves Sarawak Milk Coffee?


Sebelum ini minuman tin jenama Leaves hanya hype dengan produk berasaskan 3-layer tea (original, pandan coconut), baru kali ini aku terjumpa produk mereka berasaskan kopi.

Tidak seperti minuman "kopi special" jenama Three Tea yang dengan perisa eksotik pandan coconut dan caramel, minuman kopi susu jenama Leaves ini hanya dipasarkan dengan nama "Sarawak milk coffee drink" tanpa sebarang hype "3-layer".

Bagi aku rasanya memang cukup seimbang, dari segi kepekatan dan kepahitan kopi, lemak susu serta kemanisannya yang cukup-cukup untuk lidah 40an aku. Boleh dijadikan alternatif kepada kopi tin Nescafe, Pokka, Wonda, Old Town dan Frenché Roast.

_____
AADI: Mengintai kopi Arabus pula.

Ada Apa Dengan Susu Kopi Desa?


Produk ini antara yang selalu "memanggil-manggil" aku bila lalu area tenusu pasar raya, susu berperisa kopi jenama Desa. Kerana harganya yang agak premium RM6.00-7.00 sekotak 500 ml membantutkan hasrat untuk mencubanya sebelum ini.

Rasanya? Fuh! Pendapat aku, ia lebih kepada rasa kopi pekat lemak bertenusu, dan rasa kopinya agak ikonik seperti rasa gula-gula kopi yang selalu kita makan waktu kecil dulu (bukan Kopiko). Jauh beza berbanding rasa minuman kopi susu tin atau susu berperisa kopi jenama lain. Pastinya pembelian berulang selepas ini.

Desa antara jenama tempatan yang terkenal di Sabah. Kalau bulan puasa, petang sebelum azan Maghrib di radio Sabah.FM pasti akan ada iklan kult "Ayam Segar Desa".

_____
AADI: Sapot lokal.

Wordless Wednesday: Gold Nescafes



_____
AADI: Hanya pernah cuba versi biasa dan decaf.

Ada Apa Dengan Ah Huat White Coffee? (Part 2)


Menjangkakan sesuatu yang berbeza daripada kopi putih Ah Huat versi cawan/gelas segera ini. Mungkin seperti pakej kopi Aik Cheong.

Tapi bila dibuka tiada apa yang menarik, hanyalah sepeket kopi putih Ah Huat bancuh 3-in-1 biasa dan sebatang plastik sebagai sudu pembancuh (stirrer).

Harga versi ini RM1.80-2.00 seset, kalau versi bancuh 3-in-1 biasa yang berisi 15 paket harganya sekitar RM1.20-1.50 sepeket, kira masih berbaloilah. Sesuailah dinikmati ketika berhenti rehat di stesen minyak, 7-Eleven atau R&R sebelum meneruskan pemanduan.

_____
AADI: Tapi Aik Cheong lagi puas.

Ada Apa Dengan Nescafe Mobile Legend? (Part 3)


Aku jarang masuk kedai Shell Select, sebab Shell Select di Bintulu ni kurang pilihan berbanding Kedai Mesra Petronas.

Tapi beberapa hari lepas singgah juga kerana mencari mesin ATM, maka terjumpalah Nescafe Mobile Legend versi Valir ini yang katanya hanya eksklusif di Shell Select. Kalau rajin ke 7-Eleven bolehlah cari versi Badang pula.

Seperti biasa, jangan tanya aku pasal Mobile Legend, aku tak tahu.

_____
AADI: Versi Brody (Petronas) dan versi Aamon (umum) sudah.

Ada Apa Dengan Nescafe Gold Cappuccino Ice Cream?


Nampak ais krim ini satu freezer penuh di pasar raya B, dengan label Nescafe Gold pastinya menarik perhatianku.

Dengan harga RM4.25 seunit, ia setaraf geng-geng ais krim premium lain seperti Wall's Magnum, Nestle La Cremeria dan King's Grand. Rasa? Pendapat aku ia paling sedap antara geng-geng premium tadi, disebabkan ada rasa pahit kekopian "cappuccino" yang mengiringi rasa manis coklat dan vanilla.

Sekali-sekala bolehlah, *kalau harian dengan harga RM4+ biasanya aku akan beli ais krim vanila bersadur coklat biasa (Wall's Top Ten, Magnolia Cravio, Nestle Crunch) dapat 2-3 unit untuk harga yang sama. Enjoy makan bersama Mrs. Ijau dan anak-anak.

_____
AADI: *King's Wafer kegemaran sekeluarga.

Ada Apa Dengan Boncafé Mocca?


Dalam usaha untuk lari daripada rasa generik kopi segera Nescafe atau Indocafe, kalau boleh nak juga mencari yang rasa seakan-akan kopi McD atau Dunkin Donut gitu.

Pernah ingin mencuba Davidoff, tapi agak was-was dan harganya pun memang tak boleh tahan dan tidak terdapat dalam kuantiti kecil percubaan. Kemudian terjumpa jenama Boncafé Mocca ini di pasar raya NWM, buatan Vietnam dan diimport oleh Boncafé (M) Sdn. Bhd. Shah Alam. Harga pun lebih kurang harga Nescafe Classic pada isipadu yang sama.

Dah bancuh, aiseh rasanya tak jauh beza dengan rasa Nescafe Gold biasa (atau decaf). Agaknya kena bancuh guna mocca pot kot? Atau nanti ada masa aku cuba guna coffee maker...

_____
AADI: Menghadkan dua hidangan kopi sehari (bancuh, 3-in-1 atau tin).

Ada Apa Dengan Nescafe Gold Decaf?


Sebelum ini pernah mencuba Nescafe Classic Decaf, rasanya agak lucu berbanding Nescafe Classic biasa, ada sedikit kelainan. Manakala Nescafe Gold merupakan kopi harian di rumah menggantikan Nescafe biasa.

Beberapa bulan lepas mula mencuba Nescafe Gold Decaf. Sungguh tidak terasa perbezaan versi decaf dengan versi biasa (ikut lidah aku lah). Dengan versi decaf ini agak berani meminum Nescafe selepas pukul 8.00 malam.

_____
AADI: Mana hilang versi 3-in-1 mountain wash?

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger