Setelah kalah bidaan dari
Australia, aku mencuba opsyen kedua, membidanya dari Rusia pula. Dibida sehingga tahap maksimum yang aku termampu, dan hasilnya aku menang bidaan dengan harga US$12.99+9.00 (RM74.35) seterusnya berjaya memiliki album live
Kamelot yang uber-rare -
The Expedition.
 |
New and still sealed. |
(P)(C) 2000 Noise Records, a label of Sanctuary Records Groups Ltd. Cetakan ini merupakan cetakan Rusia (Russian pressing) diedarkan oleh
Soyuz Music. Walaupun di belakang ada notis "
for sale in Russia and CIS states only" tapi ia terlepas juga untuk pasaran luar melalui eBay (sama seperti kes album
Crows Fly Black).
 |
Ada helaian obi (obi strip), macam CD cetakan Jepun |
Album live pertama Kamelot yang dirakam semasa konsert mereka di Jerman dan Greece sempena
Kamelot live in Europe 2000, dirakam, diadun (mixed, mastered) dan diterbitkan oleh
Sascha Paeth - nama yang sinonim dengan album-album Kamelot dan beberapa buah band power metal yang lain.
Aku mengenali Kamelot semasa album
Karma, manakala album live ni merupakan album selepas
The Fourth Legacy (pra-
Karma), jadi beberapa lagu agak asing bagiku (walaupun ada memiliki mp3 sedut).
Tracklist
- Intro / Until Kingdom Come
- Expedition
- The Shadow of Uther
- Millennium
- A Sailorman's Hymn
- New Allegiance / The Fourth Legacy
- Call of the Sea
- Desert Reign / Nights of Arabia
- *We Three Kings
- *One Day
- *We Are Not Separate
Tiga lagu terakhir (*) merupakan lagu bonus rakaman studio.
 |
Khan nampak muda remaja, hahaha... |
Walau bagaimanapun, vokal
Roy Khan yang unik mampu membuatkan minda aku secara otomatik berkata "ini Kamelot" walaupun jarang atau tak pernah mendengar lagu-lagu dalam album ni. Tak hairanlah jika vokal Khan menjadi identiti Kamelot sehinggakan penggantinya,
Tommy Karevik pun seoalah-olah terpaksa (dipaksa?) "meniru" gaya vokal dan imej penampilan ala Khan (pendapat peribadi).
Ketika ini
Thomas Youngblood masih menggunakan Jackson Soloist, belum masuk khemah ESP lagi. Aksi Thomas bersama ESP Horizon (dan Eclipse) dalam DVD
One Cold Winter's Night antara yang mempengaruhi aku untuk cuba belajar main gitar pada tahun pertama aku terjerumus dalam hobi tersebut (ketika itu aku cuma pandai
main bass).
_____
Ada apa: Next target,
The Fourth Legacy.
7 komen:
pergh!! tabik...
setakat ni lum ada lagi koleksi cd aku yang dibeli dengan harga lebih dari RM60....
nampak sangat koleksi aku takder la uber-rare mana...
Lawan packaging dia..track no.8 tu memang best
Lawa *
d'arsil:
tabik hitler
berteromber:
dah hobi... mcm tu le~
rafi:
tajuk 1001 malam
i have to try give Kamelot a proper listen full album.
deaf, nak dgr kamelot aku suggest try either one of their "trilogy" album - karma, epica, black halo
Post a Comment