Kali terakhir buat entri berkaitan minuman Bundaberg hampir tiga tahun lepas. Harganya yang semakin mahal membuatkan ia *amat jarang dibeli.
Terjumpa satu batch pelbagai perisa dijual di pasar raya C, tapi harganya RM6.00+ sebotol 375 ml, sudah dua kali ganda mahal berbanding ketika aku mula-mula mengenalinya sekitar RM3.40 sahaja.
Hampir semua perisa yang tersenarai dalam website Bundaberg Australia pernah dibuatkan entri - ginger beer, sarsaparilla, lemon lime & bitters, burgundee creaming soda, guava, blood orange, passionfruit, dan pineapple coconut. Juga ada beberapa perisa yang tiada lagi dalam website Australia - root beer, apple ale dan lemon ale.
Hanya perisa traditional lemonade, pink grapefruit, peach dan tropical mango sahaja belum pernah dicuba atau pernah dicuba tapi tak dibuatkan entri AADI. Tapi bagi aku, perisa ginger beer paling sinonim dengan jenama Bundaberg, walaupun aku paling suka perisa LLB.
_____
AADI: *Tunggu harga promo atau penghabisan stok.
0 comments
Post a Comment