Dah lama aku nampak produk kopi gelas segera Aik Cheong ini di pasar raya MG, baru tergerak hati beberapa hari lepas untuk mencubanya. Terdapat beberapa perisa, tapi untuk pertama kali ini aku mencuba flat white.
Dengan harga RM3.80 segelas kertas besar yang boleh mengisikan isipadu sekitar 500 ml, cukup puas untuk segelas kopi premium.
Di dalamnya ada beberapa paket berasingan, serbuk besar kopi utama, serbuk kecil kopi sekunder yang katanya "freeze dry coffee", dua paket gula perang dan sebatang kayu pengacau.
Dengan paket begini, pastinya ia disasarkan kepada peminum kopi jenis on-the-go, contohnya dibeli di 7-Eleven, stesen minyak atau R&R lebuh raya kemudiannya dituang dengan air panas.
Jika ia disediakan seperti urutan saranan, rasanya memang kimochi, boleh menandingi flat white McCafe. Pada harga bawah RM4.00 amat berbaloi untuk segelas kopi premium.
Recommended!
_____
AADI: Akan dicuba perisa latte selepas ini.
0 comments
Post a Comment