Terjumpa minuman kola gila ini di pasar raya F dijual dengan harga RM2.50 untuk setin 325 ml. Kolaborasi antara Cheers dan Daebak (대박) Malaysia menghasilkan satu daripada minuman paling gila yang pernah aku cuba.
Aku pernah nampak kola Cheers dan mee cawan Mamee dijual sebagai kombo Daebak di 7-Eleven, katanya limited edition bersempena Halloween, tapi taklah tertarik ketika itu. Tapi sedia maklum, produk berlabel Daebak memang gila-gila pedas.
Imej 7-Eleven, cilok blog Minime Insights. |
Aku mencubanya dalam keadaan sejuk, dituang ke dalam gelas kecil... Sejurus selepas tin dibuka, gas karbonat yang terlepas bisa membuatkan hidung aku pedih dan otomatik terus bersin.
Rasa? Untuk rasa kola, ia rasa standard kola Cheers iaitu rasa kola generic (tidaklah seikonik rasa Coca-Cola atau Pepsi). Tapi selepas seteguk, rasa pedas-pedas karbonat mula diganti oleh pedas ghost pepper yang amat raya. Berjaya juga menghabiskan segelas kecil tadi (mungkin 1/4 daripada isipadu tin). Lepas tu kepala aku sakit dari petang sampai ke malam, kah kah kah... Daebak kau!
Inilah minuman kedua untuk entri AADI yang tidak dapat dihabiskan selepas Fontana mixed vegetables juice 10 tahun lepas. Makanan pedas ekstrim dapat diterima, mee Daebak pun aku lulus cabarannya, kerana toleransi pedas aku amat tinggi. Walaupun trendy, tapi untuk dijadikan minuman bukanlah pilihan bijak,walaupun berperisa kola.
_____
AADI: Nasib baik tak sakit perut.
3 komen:
selepas membaca review, aku cuma mampu baca sahaja. nak beli produk terasa takut pulak haha. aku tak tahan pedas haha.
ok...konpem tak beli...haha...
daebak kau!~ 😂
Post a Comment