Akhirnya, ada juga harta rampasan perang dari CK Music sempena Year End Sale 2013, itupun setelah hampir sebulan dalam status "pending" pesanan belum diproses.
Aku tak tau apa masalah webshop CK Music sekarang ni, tak ada orang pantau segala pesanan ke? Btw, thanks to Bro Ici (the same guy who sold me Hartke 10TP8 driver) sebab selesaikan masalah ni.
Ia berisi sebuah amp Vox Mini3 G2 dengan kotak putih yang kurang menarik tapi ringkas. Amp mini berkuasa 3 Watt (hence the name Mini3) yang boleh dikuasakan menggunakan bateri AA atapun AC adapter 12V yang dibekalkan.
Amp Mini3 G2 ni ada tiga jenis rekabentuk; ivory, black dan classic (link). Aku memilih rekabentuk classic untuk dipadankan dengan amp Pathfinder Bass PFB-10, lagipun aku suka rekabentuk retro begini. Ini merupakan model generasi kedua (hence G2) atau mark II dengan kelebihan bassilator circuitry yang kononnya memantapkan bunyi low end (bass) berbanding generasi pertama.
Panel yang ringkas dan mudah difahami. |
Dan ada kalanya amp kecil mudah alih sebegini (yang boleh guna bateri) memang diperlukan, contohnya digunakan semasa mengembara (travelling) atau balik kampung, latihan dan persembahan impromptu (seperti busking) tanpa perlu membawa efek tambahan.
Sebagai sebuah modelling amp, terdapat 10+1 jenis modelling - BTQ CLEAN (Hiwatt?), BLACK 2x12 (Fender Blackface?), TWEED 4x10 (Fender Bassman?), AC15 (Vox AC15), AC30TB (Vox AC30 Top Boost), UK '70S (Marshall Plexi?), UK '80S (Marshall JCM800?), UK '90S (Marshall JCM900?), CALI METAL (Mesa/Boogie Rectifier?), US HIGAIN (Peavey 5150?) dan LINE.
LINE amat berguna untuk amplifikasi secara terus tanpa sebarang modelling, sesuai untuk kegunaan gitar akustik/letrik (piezo), keyboard, ataupun jika anda menggunakan efek daripada multi-fx pedal atau stompbox.
Seperti siri Valvetronix, ia buatan Vietnam. |
- Rekabentuk klasik dan retro, it's a Vox!
- Boleh guna bateri (AAx6), mudah alih - amat sesuai untuk busking di tempat yang tidak mempunyai bekalan elektrik.
- 10+1 amp modelling, lebih banyak daripada Micro-Cube. Memang cukup untuk merangkumi pelbagai jenis genre muzik.
- Dua input (gitar, mic) - satu amplifier untuk dua buah instrument (kombinasi gitar/mic, gitar/gitar, gitar/keyboard, keyboard/mic, dll).
- Butang TAP untuk mengawal masa/tempo DELAY/REVERB secara manual.
- Lebih murah daripada Micro-Cube.
Ruangan bateri yang boleh diakses dengan membuka penutup yang melekat menggunakan velcro. Nampak lebih "low-tech" berbanding Micro-Cube.
Kelemahan:
- Amp modelling, EFFECT, DELAY/REVERB yang ala kadar (taklah sampai tahap seperti Pod HD300) mungkin teknologi yang digunakan sama seperti yang ada pada StompLab atau Valvetronix - agak berpatutanlah dengan harganya.
- Menggunakan AC adapter 12V (disertakan) dan bukan 9V, agak susah untuk mencari gantian sekiranya adapter rosak.
- Badan yang kurang "tegap" jika dibandingkan dengan Micro-Cube.
- Hanya ada tuner untuk note E sahaja (bab ni Orange Micro Crush menang).
Aku juga memesan dua kotak tali gitar jenama Martin & Co. Darco (9-42), antara tali gitar kegemaranku disebabkan lembut seperti Ernie Ball, tahan lama (dengan penjagaan yang betul) dan yang penting disebabkan ia murah (dengan harga YES, ia lebih murah daripada jenama Alice).
Kesimpulannya, jika anda seorang gitaris berkelana (terutama yang suka busking) amp sebegini wajib ada dalam axology anda (ayat racun untuk Adi Herman).
_____
Ada apa: Lompat masuk ke dalam kem Vox.
2 komen:
racun berbisa buat aku dan barangkali marus hahaha
kamon!~
Post a Comment