[Updated 17/01/2021] Selepas perbincangan dan untuk mengelak kekeliruan lagi seperti ketika Santai Muzika Pemuzika tahun lepas (26/12/2020), mulai 2021 aku kembali menyertai MUP.
Dan juga diberi amanah untuk kembali mengemudi page Facebook MUP setelah setahun tiada apa-apa perkembangan.
Di bawah adalah artikel MUP dalam blog AADI yang dikemaskini sehingga 31/12/2019 sahaja. Untuk artikel baru, akan dimuatkan dalam page MUP2021.
Metuk Ulau Project (MUP) yang pada mulanya dieja sebagai Metuk Ulau Projekt, sebenarnya merupakan sebuah band projek Adi Herman bersama-sama Rashid Malim (Curse Of God) dan Rezal (Erectus/Triblehook) ditubuhkan secara bidan terjun sekitar gig Shout It Out Loud anjuran Titan Empire pada 26/3/2011 (ulasan gig entri Geng Kereta Sapu). Lebih kepada muzik thrash metal, death metal dan grindcore. Nama band ini diambil bersempena webzine/distro kelolaan Adi iaitu Metuk Ulau Underground Voices (MUUV).
![]() |
Imej link dari blog Geng Kereta Sapu. |
Namun tidak disangka "revival" dengan current line-up yang diserap dari geng Hepi;) dan tambahan Korawk membuatkan MUP lebih meriah dan kelam-kabut dengan tiga orang gitaris, serta memainkan lagu-lagu yang lebih "radio-friendly".
Genre: cover band, classic rock, heavy metal, thrash metal, NWOBHM, alternatives, grunge.
Setelah memikirkan beberapa faktor terutamanya untuk mengelakkan kesilapan ejaan oleh pihak penganjur, selepas Oktoberfest (20/10/2012), Metuk Ulau Projekt akan dikenali sebagai Metuk Ulau Project atau MUP sahaja.
Line-up (October 2019):
Ijau (guitar/vocal), Nuing (guitar), Nas Korawk (bass), Bob Kandar (drums), Azrul (guitar).
Seasonists:
- Adam (guitar)
- Ezwani (bass)
- Azroy Hammett (guitar)
- Herman Akmal (bass)
- Jawank (gitar)
- Asri Copkids (bass)
- Adi Herman (bass/guitar/vocal/keyboards)
- Rashid Malim COG (drums)
- Rezal (guitar)
04/10/2019 - Various Evo Band Challenge, Opening Act, Paragon Street Mall, Bintulu.
Menjadi band pembuka untuk acara ini, setlist sama seperti minggu sebelumnya. Kali ini disertai oleh Azrul (yes, 3-amigos line-up!) dan Herman Akmal menggantikan Korawk yang bercuti balik Mukah.
29/09/2019 - Distinguished Gentleman's Ride 2019 Gig, Paragon Street Mall, Bintulu.
Adakah bass itu out of tune?
Kali ini tidak disertai oleh Azrul. Setlist terdiri daripada Pentagram Di Atas Pusara, Kabus, 2 Minutes To Midnight dan The Trooper.
28/07/2019 - Isolated Gig Vol. 2, The Gold Mines Gastropub, Bintulu.
Kembali dengan line-up 3-amigos, disertai oleh Azrul yang sekian lama tidak bermain dengan MUP. Setlist terdiri daripada Pentagram Di Atas Pusara (extended 3-amigos version), Kabus, Tears Of The Dragon, 2 Minutes To Midnight dan The Trooper.
31/03/2019 - Isolated Gig Vol. 1, The Gold Mines Gastropub, Bintulu.
Oops~ Terkucil @0:31 onwards.
Memainkan tiga buah lagu Kabus, Pentagram Di Atas Pusara (lagu ori MUP), Warriors Ride On The Chariots, dengan Korawk sebagai frontman dan bassist jemputan Herman Akmal NV Unity.
05/10/2018 - Bintulu Gig Empire, Bintulu Bike Week 2018, Bintulu Paragon.
Atas kekangan masa latihan dan rekrut ahli gantian pada saat-saat akhir, hanya memainkan empat buah lagu cover playsafe; Kabus, 2 Minutes To Midnight, The Trooper dan Wasted Years. Menampilkan bassist jemputan Bro Asri Copkids dan gitaris Bro Jawank yang menggantikan Azrol yang sedang tour bersama-sama Larrong.
31/03/2018 - Gig Santai, Sarawak Rock & Mob 2018, Bintulu Paragon.
MUP & Friends - sebab tak cukup korum, bersama-sama Azroy (gitar), Bro Ijam SYJ (bass) dan Bro Asri Cop Kids (vokal) memainkan lagu-lagu cover Iron Maiden playsafe - The Trooper dan 2 Minutes To Midnight.
28/10/2017 - Rocktoberfest Gig Terjun Part III, Kampung Jepak.
Sessi soundcheck sahaja - memainkan empat buah lagu; Pentagram Di Atas Pusara, Kabus, 2 Minutes To Midnight dan The Trooper. Menampilkan bassist jemputan Herman Akmal daripada NV Unity menggantikan Adi Herman yang sedang tour bersama-sama Larrong.
07/07/2017 - Gig Raya Warung Deli, Kampung Baru, Bintulu.
Persembahan awam pertama MUP untuk 2017, memainkan tiga buah lagu - Like A Stone (cover Audioslave), Sepasang Mengkarung Biru (lagu raya Sepasang Kurung Biru yang di-MUP-kan) dan debut lagu ciptaan MUP sendiri Pentagram Di Atas Pusara.
25/09/2016 - Gegar Juara Kugiran: Battle Of The Band 2016, Balai Raya Sebauh.
BOTB bersempena ulang tahun Sebauh sebagai sebuah daerah. Tidak mendapat apa-apa selain pengalaman. Dengan masa praktis yang terhad, kami memilih untuk memainkan lagu-lagu "playsafe" Tears Of The Dragon (instrumental), 2 Minutes To Midnight dan Kabus.
01/05/2016 - Jepak Mini Gig 2016, Kampung Jepak.
Azroy Hammett mengganti Azrol yang bercuti. Setlist - Intro CSIT, Kabus, Bujang Senang, Sejati, The Trooper, Master Of Puppets, Creeping Death.
28/02/2016 - Malam Aspirasi Seni 2016, Dewan Suarah Bintulu.
The Trooper, Kabus dengan vokalis Nas Korawk.
22/09/2015 - Battle Of The Band, Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo 2015.
Revival, setelah hampir dua tahun dorman, rasanya kali pertama MUP menyertai BOTB, juga disertai oleh Adi Herman. Mempertaruhkan dua buah lagu cover; Kabus dan 2 Minutes To Midnight. Pentas yang paling best setakat ini, ada backdrop skrin LED besar dan lampu warna-warni. Lagi best sebab dapat tempat ketiga, not bad for a first timer.
29/12/2013 - BRRU Rock Nite 2013.
Persembahan gantian untuk gig Rock Kapak BRRU beberapa minggu sebelumnya. Setlist: Tears Of The Dragon, The Trooper.
Terpaksa bermain secara 3-piece untuk lagu pertama disebabkan Adi Herman tidak dapat hadir kerana banjir kilat. Untuk lagu kedua disertai oleh bassistpinjamanimport daripada band Natas, Bro Awie.
07/12/2013 - Live In Kemunting, sempena majlis perkahwinan Nasuki Malim.
Line-up penuh (bersama Korawk dan Adi Herman), dengan tema rockers reunion parody, santai dan akustika. Highlights - lagu The Trooper dan Wasted Years dalam versi akustika.
15/09/2013 - Bintulu Bike Week 2013, Bintulu Old Airport (menggantikan gig Bintulu Rockers Re-Union).
Dengan line-up dua orang seasonist Bro Adam (gitar) dan Ezwani (bass). MUP kembali dengan line-up "3-amigos" menggegarkan pentas gig Bintulu Bikers Week 2013 dengan dua lagu cover Iron Maiden (lagi~) dan lagu cover Metalian, Kabus.
06/07/2013 - You Only Live Once #1 gig, Telaga Kumang Karaoke & Lounge, Tanjung Batu, Bintulu.
Setlist: Project Madness (own song), Warriors Ride On The Chariots (Metalucifer cover), Seek Creeping Puppets (Metallica medley), The Trooper (encore). Persembahan MUP dengan susanan line-up yang sedikit berbeza daripada sebelumnya, mempertengahkan Korawk sebagai vokalis utama dan gitaris kedua. And the crowds were wild!
06/04/2013 - Love & Peace Gig #santaibersamaREG, Danau Alai Live Music Pub, Tanjung Batu, Bintulu.
Dengan percubaan pertama memainkan lagu Run To The Hills yang mencabar vokal.
03/03/2013 - Bintulu Music Fest 2013 (Day 2), Dewan Muhibah Bintulu. Featuring co-founder Rashid Malim (Curse Of God) as a second drummer.
The biggest (but not the best) gig we've involved so far...
20/10/2012 - Oktoberfest, La Bistro Cafe, Kemena Hotel - La Bistro has been MAIDENised!
16/09/2012 - Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri, Jabatan Kimia Malaysia Cawangan Bintulu.
Lagu-lagu yang dimainkan: Sepasang Kurung Biru (Khairil Johari Johar), Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Sudirman), Dendang Perantau (P. Ramlee) dan Warisan (Sudirman). Encore: Tears Of The Dragon (Bruce Dickinson), Sejati (Wings), Wasted Years (Iron Maiden).
25/02/2012 - Opening Season Gig 2012, Telaga Kumang Karaoke & Lounge, Tanjung Batu, Bintulu.
![]() |
Gambar yang diimport dari blog Geng Kereta Sapu. |
Lagu-lagu (cover Iron Maiden) yang dimainkan: Caught Somewhere In Time (intro), Coming Home, Wasted Years dan The Trooper.
_____
AADI: Last updated on 26/02/2021.