Dua buah telefon bimbit (sebut handphone lagi senang) Nokia aku yang dah lama "ditamatkan" perkhidmatannya atas sebab-sebab teknikal (rosak) tapi masih ada dalam arkib simpanan - Nokia 3610 dan Nokia 3210.

Kalau aku nak cerita pasal sejarah dan kenangan kedua-dua handphone ni (terutamanya zaman di Penang) memang akan jadi panjang entri ni, dan aku memang malas nak buat entri yang panjang berjela-jela.
Yang pasti, Nokia 3210 merupakan handphone Nokia pertama yang aku guna (dibeli pertengahan tahun 2000), sebelum tu aku guna Siemens C25.
Model-model Nokia yang pernah aku guna:
- 3210 (2000-2001)
- 3310 (2001-2003, stolen)
- 8210 (2003-2003, stolen)
- 3610 (2003-2007)
- 2100 (2003-2004, traded)
- 6610i (2004-2005, traded)
- 6600 (2005-still active, as backup)
Mulai 2007, aku mula menggunakan Sony Ericsson K618i (handphone berteknologi 3G termurah ketika itu) dan masih bertahan sehingga kini...

Pernah juga terpikir nak beli handphone baru, *smartphone (telefon pintar?) ataupun tablet ikut trend semasa...
_____
Ada apa: *Tapi bila congak-congak balik harganya, baik aku beli gitar baru, muahaha!~
5 komen:
Nokia 3310 (2001-2003, stolen)
Nokia 8210 (2003-2003, stolen)
wow aku pun pernah mengalami nasib yg sama...huhu sedih
Hphone pertama aku adalah motorola startac...tahun 1997...company bagi pakai....time tu tak ramai org ada hp....kalau bunyi time tgh org ramai...memang kembang lubang hidup time menjawapnya....hahaha....
beli gitar pastu jual balik. Phone pertama aku ericson kuning
aku jugak spai skang pakai Nokia 3100.. dah 9tahun guna tak penah meragam janji leh guna... teringin gak upgrade ke handphone spisi lain...
adi:
mmg hangin satu bdn, dah lah nmpk dlm cctv si pencuri tu
berteromber:
kira ko lg hebat! startac woo~
jiaro:
sharkphone ka jai?
jengkemut:
pakai selagi boleh, spesies lain tu jdkan 2ndary
Post a Comment