Menonton filem Mickey 17 di GSC Bintulu tayangan 8.30 malam Jumaat lepas (7/3/2025). Kalau tengok tayangan siang tak dapat nak layan popcorn dan kopi *Keluang Man. Teringin menonton filem sci-fi begini selepas tertarik dengan trailer sejak tahun lepas.
Bergenre pengembaraan angkasa lepas, teknologi klonisasi dan makhluk asing ini memiliki elemen satira yang kuat seperti filem Starship Troopers dan satira-satira lain setaraf game Fallout.
Hollywood, memang tidak dapat lari daripada elemen DEI. Tapi untuk filem ini aku boleh terima berdasarkan jalan cerita yang segelintir umat manusia malang terpilih dibawa bersama pengembaraan empat tahun di angkasa lepas menuju planet Niflheim.
Cuma agak menjengkelkan watak-watak strong female/girl boss amat ketara. Hampir semua watak hebat seperti penguatkuasa, sekuriti pesawat, pemandu jentera berat dan "master of puppet" adalah wanita. Manakala lelaki kebanyakkannya memegang watak-watak beta-male, bodoh dan lembap. Tetap ada agenda LGBTQ+, tapi masih nampak logik berbanding girl boss tadi.
Seperti filem The Creator, latar belakang, lore dan world building filem ini boleh dikembangkan menjadi Mickey-verse untuk filem sekuel ataupun spin-off. Selebihnya, tak perlulah spoiler sangat...
_____
AADI: *Wonda Kluang Edition Coffee, akan dibuat entri berasingan.
0 comments
Post a Comment