Ini antara filem yang sekali tengok trailer pun aku sudah tertarik dengan konsepnya - utopian/dystopian futuristic sci-fi. Mengambil peluang cuti umum semalam untuk menontonnya di GSC Bintulu tayangan 12.20 tengah hari untuk tayangan dewan besar BIG Dolby Atmos dan pada julat masa yang mesra-ayah.
Sudah lama tidak menonton filem sci-fi begini, ada elemen seperti filem Terminator, The Matrix, I, Robot, Elysium, Chappie, Alita: Battle Angel juga elemen perang dan post-apocalypse ala game Command & Conquer, Half-Life 2 dan Fallout.
Apa yang menarik dalam filem ini, bloc bangsa Asia bersatu tak kira etnik Cina, Jepun, Siam, Vietnam, India malahan Melayu/Indon Nusantara pun ada (termasuk simulant mereka) menentang bloc Amerika yang agak paranoid kepada AI. Lokasi Asia yang eksotik dari pantai Thailand, sawah padi Indochina sehingga ke pergunungan Himalaya - tak pasti GCI ataupun lokasi sebenar.
Latar belakang, lore dan world building untuk filem ini juga boleh diteroka dan dikembangkan menjadi Creator-verse untuk filem-filem sekuel, spin-off atau franchise yang akan datang, jika ada.
Aku juga perasan ada 2-3 lagu runut berbahasa Melayu/Indon dalam filem ini yang aku rasa pernah dengar di Radio Klasik. Dan selepas di-Google, ia merupakan nyanyian kumpulan Golden Wing.
Lakonan Ken Watanabe tetap hebat walaupun hanya pelakon pembantu dan Gemma Chan nampak bae dalam filem ni... Selebihnya tak perlu diulas demi menjaga spoiler, tapi aku boleh katakan inilah filem terhebat yang aku tonton untuk tahun ini. Dan jika ada filem yang menggunakan pelakon BIPOC paling optimum, inilah filemnya.
_____
AADI: Teknologi AI bloc Asia lebih canggih.
0 comments
Post a Comment