Baru menghabiskan game Shadow Of The Tomb Raider beberapa hari lepas. Maka lengkaplah ketiga-tiga game Square Enix Trilogy (aka survivor/reboot) ini sebagai memori Tomb Raider era gaming PS4 40an aku.
"Sudahpun memainkan siri-siri Tomb Raider sejak penghujung 90an, dibincangkan dalam entri ini. Siri klasik (Tomb Raider, II, III, IV) pasti akan diingati kerana memori zaman USM. Legend Trilogy (Legend, Anniversary, Underworld) pula diingati kerana memori mula bermastautin di Bintulu.
Kena tunggu Shadow Of The Tomb Raider untuk melengkapkan *memori Square Enix Trilogy (aka Reboot). Masuk dalam senarai intai, harga cun terus tarik picu siap-siap..."
- Entri Rise Of The Tomb Raider.
Aku perasan ada persamaan tema antara ketiga-tiga game Tomb Raider ini. Walaupun grafik dan penampilan memang ohsem, tapi elemen asal "Tomb Raider" agak cair. Menyerbu dan menjarah makam (raiding tombs, duh) kini menjadi matlamat sekunder. Patutnya trilogi ini guna tajuk lain contohnya Rise Of Lara Croft, Lara Croft: Origin, etc.
Lara Croft pula terlalu banyak beremosi, kuat mengeluh, menangis, meratap, bersedih dan daddy-issue. Watak rakan lelaki seperti langsung tidak berguna dan hanya menyusahkan keadaan (ikut jalan cerita). Contohnya Jonah Maiava yang ada dalam ketiga-tiga game.
Traversing dan puzzle yang mudah dan terlalu banyak pembayang (hint/clue). Kalau puzzle era klasik memang tahap rage-quit nak selesaikan, contohnya ketika Tomb Raider IV: The Last Revelation (TR4). Ketika itu rujukan hanyalah walkthrough daripada beberapa website, itupun kalau ada internet 1511/1515 atau pergi cybercafe.
Aku harap game seterusnya Legacy Of Atlantis dan Catalyst, Lara Croft kembali flamboyant, ada attitude seperti era klasik dan Legend. Bolehlah menyambung kembali main Remastered #1 dan #2 yang tertangguh sejak Disember tahun lepas.
_____
AADI: Baru terjumpa official "fansite" Raiding The Globe.





0 comments
Post a Comment