Katanya beberapa hari lepas game Tomb Raider (2013) ini sudah berusia 10 tahun (rilisan 05/03/2013), franchise Tomb Raider secara amnya pun sudah berusia 25+ tahun. Aku pernah buat entri jangkaan game ini sekitar 2011 ketika ia mula-mula diumumkan dalam pembikinan.
Berjaya mendapatkan game ini versi Definitive Edition untuk konsol PlayStation 4 sekitar Januari 2017. Tapi kehangatan Fallout 4 ketika itu menenggelamkan nafsu untuk memainkan game ini sehinggalah aku mengalami PS4 fatigue untuk kali pertama sekitar Februari/Mac 2017. Dan game inipun tersadai dalam simpanan untuk beberapa tahun.
Sehinggalah musim pandemik PKP 2020, barulah ada peluang memainkan semula game ini sampai habis. Itupun hanya ketika fasa ketiga PKP selepas habis memainkan game The Last Of Us, Remastered dan Doom 2016 ketika PKP fasa pertama dan kedua. Aku masih ingat ketika itu awal bulan puasa 2020. Fasa keempat pula musim game Days Gone.
Sebagai peminat franchise Tomb Raider yang telah memainkan siri-siri game ini sejak 1997, game ini pastinya lebih ohsem dari segi gameplay dan grafiknya, tapi jalan cerita dan temanya amat jauh berbeza berbanding Tomb Raider sebelum ini, lebih-lebih lagi era Legend Trilogy (Legend, Anniversary dan Underworld). Ada yang mengatakan ini adalah soft reboot untuk cerita/watak Lara Croft.
Dan terbaharu agak risau dengan hala tuju franchise ini seperti yang dibincangkan oleh Melonie Mac dalam video di atas. Aku setuju dengan Melonie yang mengatakan Tomb Raider dan Lara Croft popular disebabkan siri game original Tomb Raider bawah Core Design (Classic, Dagger Of Xian, Adventures Of Lara Croft, The Last Revelations, Chronicles). Dan dalam era "wokeness" mutakhir ini, macam-macam boleh berlaku...
Juga belum ada peluang memainkan dua game era reboot - Rise Of The Tomb Raider dan Shadow Of The Tomb Raider. Tunggu ada PS5 atau PS4 Pro terpakai.
_____
AADI: Gaming fatigue?
0 comments
Post a Comment