Sejak beberapa hari lepas mula memainkan kembali game klasik Tomb Raider era Crystal Dynamics' Legend Trilogy (Legend, Anniversary, Underworld). Ketiga-tiga game ini masih relevan dimainkan ketika 2020an kerana gameplay dan grafiknya, tidak seperti era Core Design.
Memulakan dengan Tomb Raider: Underworld kerana aku rasa aku pernah menghabiskan game ini hanya sekali sahaja sekitar 2009 (versi lanun ketika itu). Tahun-tahun berikutnya pernah cuma untuk ulang main (versi ori, eBay) tapi biasanya sampai area kraken dah mula bosan.
Entri 2014. |
Underworld ini walaupun grafiknya lebih ampuh dan Lara lebih yummy, tapi dari segi jalan cerita, puzzles dan kepuasan bermain lebih memihak kepada Legend dan Anniversary. Underworld terasa sekejap sahaja habis, dan malam tadi mula memainkan Legend.
_____
AADI: Sedang muat turun Shadow Of The Tomb Raider free trial.
0 comments
Post a Comment