Seperti ais krim Nescafe Gold, ais krim ini juga menarik perhatianku kerana satu freezer penuh khusus untuk ais krim ini di pasar raya B. *Untuk modal entri AADI, dibeli jua...
Juga berharga RM4.00+ seunit, setaraf dengan geng-geng ais krim premium lain. Rasa? Agak sukar aku menginterpretasi rasanya, seperti langsung tiada rasa Kit Kat sebab pernah juga beberapa kali makan aiskrim Kit Kat perisa biasa (saduran coklat).
Mungkin paling dekat dengan rasa kek red velvet tapi ada rasa masam sedikit (raspberi?). Langsung tak sama dengan versi coklat Kit Kat Pink yang berperisa tambahan strawberi tapi masih rasa coklat sebagai hero utama.
Bila dah masuk 4-series, apa yang manis terasa semakin manis. Aku rasa inilah kali pertama dan terakhir aku membeli dan mencuba ais krim ini. Selain terlalu manis, saiz hidangannya (portion) pun agak besar berbanding ais krim biasa.
_____
AADI: Terlepas versi gold beberapa tahun lepas.
0 comments
Post a Comment