Kali ini aku menggalas gitar seperti sessi minggu lepas di Warung Deli, dengan membawa Korina kiranya menyahut cadangan Berteromber iaitu membawa gitar cabang-cabang. Walaupun sebenarnya bentuk Explorer taklah bercabang sangat.
Seperti biasa, setup aku antara yang paling ringkas, Boss GT-1 dirasmikan kali ini dan digunakan bersama-sama Laney IRT-X. Juga membawa Neon sebagai backup yang ditinggalkan dalam kereta.
Ada perubahan setlist berbanding sessi sebelumnya, lagu Derap Komando digantikan dengan Pawana (duh~ Search juga). Mungkin ramai yang mempertikaikan, tapi apa boleh buat, ikut sahaja selera penganjur.
Sessi kali ini agak teratur, kerana kawasan dibahagi-bahagikan mengikut spesies. Spesies tukang goreng (gitaris utama) di hadapan sekali, spesies cukup syarat (macam aku) di belakang, bassist dibahagikan di sebelah kiri dan kanan, manakala tukang terais (teriak) di tengah-tengah ribut.
Cuma agak kesian kepada spesies tukang pukul (drummer) yang diatur di bahagian luar, semakin petang semakin panas kerana arah matahari terbenam di belakang mereka. Ramai juga yang "melarikan diri" masuk ke dalam mencari kedudukan yang selesa.
Hanya ada dua orang spesies tekan-tekan (keyboardist) untuk sessi kali ini. Keyboard warrior (get it?) tersohor Bintulu Din Glamour bergaya dengan Korg Keytar berwarna
Waktu rehat sempat menjenguk gigrig gitaris lain. Kadang-kadang "kesian" tengok mereka berangkut amp besar dan pedal berketul-ketul atas pedalboard untuk sessi ini. Tapi aku faham, ini semua passion masing-masing.
Kali ini juga ada marshall yang bertugas, Bro Mansur (baju putih) memantau kekuatan amp spesies cukup syarat supaya tidak melebihi tahap bunyi spesies tukang goreng di hadapan.
Cuma agak sedih, kerana masih ada yang berperangai batu bintang sama seperti sessi sebelumnya, masih tidak (mahu) mendengar arahan MC dan marshall bertugas.
![]() |
LED GT-1 memang terang walaupun siang. |
- Tidak lagi dimonopoli oleh lelaki, juga disertai oleh wanita walaupun hanya vokalis sahaja.
- Posisi yang lebih tersusun, tapi agak kucar-kacir pada sebelah petang sebab panas.
- Penyertaan dari luar Bintulu makin bertambah.
- Ada MC dan marshall bertugas.
![]() |
Menggayakan t-shirt Autism Awareness. |
Seperti biasa, untuk acara sebegini akan ada liputan dari Facebook Bintulu Info, berikut disertakan beberapa video "live".
Post-mortem peribadi:
- Sessi seterusnya aku perlu bawa perlindungan telinga (ear plug/muff), semakin petang, semakin bingit bunyi amp spesies tukang goreng di hadapan.
- Juga perlu membawa stand gitar.
- Hanya dua gitar bentuk ekstrim pada sessi ini, Korina aku dan Jackson Warrior Pak Yep (Jordan Rudess look-a-like). Walaupun menarik perhatian, tapi membawanya agak mencabar dari segi logistik dan bunyi - pikap klasik alnico Epiphone kurang menyerlah. Sessi seterusnya mungkin akan cuba Goldie pula.
- Kurang menarik kerana tiada geng-geng keras untuk enjoy sama-sama.
Dengar khabar, akan ada lagi sekali sessi rehearsal sebegini pada 24/03/2018 sebelum D-day pada minggu berikutnya 31/03/2018. Rehearsal kecil-kecilan mungkin akan ada juga, tunggu panggilan sahaja kelak.
_____
AADI: Ok juga kan bawa Explorer?
3 komen:
Nice report, nice tshirt tapi tak la, bukan species cukupkan syarat hahahaha
mantap..
Nampak lebih kacak bila gitar bercabang...haha..
Post a Comment