Memulakan entri bulan November dengan ulasan ringkas gitar yang pernah menjadi "final fantasy" tidak lama
dahulu -
Charvel So-Cal Style 1 HH, yes in candy green... Semenjak beberapa bulan lepas, model So-Cal dan San Dimas sudah tidak ada lagi di website
Charvel (discontinued?).
|
Finally, a GREEN guitar (again). |
Memang banyak cerita di sebalik So-Cal ni - setelah mendapat berita "gembira" dari blog
Bro Sub awal April lepas, aku meminta bantuan tauke
Dead Eye Guitars (DEG) untuk mendapatkan warna spesifik ni dari "selatan".
Setelah menunggu hampir lima bulan, akhirnya So-Cal ni dituntut sendiri (self-collect) pada petang yang sama semasa sessi lepak-melepak dengan tauke DEG dalam
entri ni.
Aku memang dah lama teringin untuk memiliki Stratocaster (Fender/Squier) atau strat-copy yang memiliki fretboard maple dan bersistem Floyd Rose, Adrian Smith's
San Dimas DK influences detected, no doubt. Hampir-hampir terbeli ESP LTD
ST-203FR suatu ketika dahulu sebelum membeli
Mirage.
|
Charvel gigbag. |
Charvel buatan USA (MIA) didatangkan dengan gigbag, manakala Charvel buatan Jepun (MIJ) pula didatangkan dengan hardcase, tak adil kan? Padahal MIA lebih mahal berbanding MIJ.
|
Hot-rod Stratocaster. |
Kelebihan
- Bentuk badan Stratocaster yang seimbang dan selesa.
- Kombo pikap DiMarzio Tone Zone dan Evolution yang versatile, tak jauh beza dengan kombo Super Distortion (DP100) dan PAF 36th Anniversary (DP103) yang ada pada Goldie aku.
- Didatangkan sekali dengan Dunlop Dual-Design (SLS103) StrapLok system.
- Floyd Rose Original (FRO) FRT-O2000 system, enough said.
- GREEN candy finish.
|
DiMarzio pickups - Tone Zone (DP155) bridge, Evolution (DP158) neck. |
Kelemahan
- FRO yang "terapung" tidak mempunyai ruang kaviti pada bahagian bawah menghadkan pergerakkan ke belakang FRO ni, untuk "dive-bomb" tiada masalah.
- Hanya mempunyai satu tombol sahaja iaitu tombol volume, tidak mempunyai tombol tone.
- Pelaras truss-rod terletak berdekatan dengan neck pickup dan bukannya pada nut, amat leceh sekiranya terpaksa melaras truss rod.
|
Floyd Rose Original (FRT-O2000) - finally an FRO, no more FRS. |
|
Manual, FRO bar, Dunlop StrapLok system, Allen keys. |
Nickname? Secara tidak rasmi ia merupakan "self-proclaim" IDK Signature Series Mark III disebabkan ia gitar berwarna hijau aku yang ketiga (
Mark I,
Mark II). Selain daripada Mark III, aku juga memilih nick
CALYPSO yang merupakan olahan daripada perkataan So-Cal itu sendiri dan juga nama nymph dari
mitos Greek purba.
|
Fear of the duck? Kwek kwek... |
Tapi secara keseluruhan, aku memang puas hati dengan gitar ni dari segenap aspek - pertukangan, kemasan, bunyi, keselesaan dan mempunyai "mojo" tersendiri. Dan ia telah menjalankan tugasnya dengan cemerlang sebagai "live/stage guitar" semasa
Oktoberfest minggu lepas.
Images with (C) courtesy of Dead Eye Guitars (kes malas nak snap gambar).
_____
Ada apa: Tiba-tiba aku teringat pesanan
Jairo ketika aku baru berkecimpung dalam dunia kegitaran...
6 komen:
memang sekali tengok teringat kat H
nice gitar bro, aku minat candy tangerine, tapi takde duit syiling lebih nak beli .. beli candy jer la haha
doc ben:
lps ni nak cuba SDX pula :)
tj:
sabar... di mana ada final fantasy, di situ juga ada final reality
Satria bergitar - rhoma irama
bro- volume knob tukar hijau :-)
takilala:
tatap!
bro sub:
kalau terjumpa nanti...
Post a Comment