15/2/2011 - Musim itu datang lagi, tiap-tiap tahun akan ada entri throwback. Dan tahun ini tahun yang kesebelas... Disarankan membaca entri tahun lepas, edisi sedekad.
Malas nak cerita banyak, kehangatan mengikuti berita konsert jelajah dunia 2022 mereka sama seperti mengikuti perkembangan jelajah spoken word Bruce Dickinson di Amerika/Kanada.
Adrian Smith pula sibuk dengan jelajah Amerika projek Smith/Kotzen-nya. Aku tak pasti pula apa cerita dengan British Lion dan Steve Harris.
Tengok poster pun hanya tarikh/lokasi di Amerika sahaja setakat ini, benua lain macam belum ada.
Soalan sama, masih adakah peluang untuk mereka singgah di rantau Asia Tenggara lagi sebelum mereka bersara wajib? Ya dan tidak, kalau ikutkan jadual jelajah Legacy Of The Beast 2020, mereka masih "berhutang" dengan Manila.
Tapi aku paling terhibur dengan meme di atas, hahaha... Steve Harris masih nampak ke-Steve Harris-annya berbanding ahli lain. Semoga mereka diberikan kesihatan supaya dapat menghasilkan satu lagi album sebelum bersara wajib. Senjutsu tahun lepas pun tak disangka-sangka...
Konsert sana-sini tu aku pun dah tak kisah. Aku yang baru awal 40-an ni pun terasa kesan-kesan penuaan bisa mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental. Dan pasca pandemik, keinginan untuk melancong menjadi semakin tawar.
_____
AADI: Up the Irons! \m/ (kalau laratlah).
2 komen:
Masih berharap dorang dapat masuk Malaysia sebelum pencen...tapi tu lah...dengan covid yg tak berkesudahan dan faktor umur...rasanya macam tak ada peluang...
sebelum pandemik dulu adalah teruja sikit bila Manilla ada masuk senarai... walaupun tak bercadang nak pergi
Post a Comment