Untuk bulan Februari 2023, AADI hanya ada lapan entri, paling sedikit sejak September 2018 yang ada sembilan entri. Selepas entri Jazz, hampir dua minggu tiada entri...
12/02/2023 - Sekeluarga balik Membakut tak sampai 24 jam selepas notis daripada kakak aku yang mengatakan ayah sedang nazak di kampung. Melalui jalan udara BTU-BKI yang hanya ada satu penerbangan pada pagi Ahad.
Kami terlambat sekitar 30 minit, tapi syukur alhamdulillah diberi kesempatan untuk turut serta menguruskan jenazah. Taklah begitu terkejut dengan pemergiaannya, kerana waktu kami balik bulan Disember lepas pun sudah ada tanda-tanda sakit tua.
15/02/2023 - Hari ini aku mula demam (bukan coov) yang berlarutan sehingga balik Bintulu. Juga tak terbuat entri ulang tahun Maiden Singapore 2011, mungkin sudah boleh move-on selepas 12 tahun.
19/02/2023 - Kembali ke Bintulu, sebelah malam Mrs. Ijau dan anak-anak pula demam (bukan coov), berkemungkinan besar influenza. Di kampung pun dengar-dengar keluarga kakak/abang aku pun ada yang demam.
22/02/2023 - Kembali bekerja selepas cuti seminggu, itupun "hati" masih di rumah mengenang Mrs. Ijau dan anak-anak yang masih demam.
26/02/2023 - Baru ada peluang menonton filem The First Slam Dunk yang eksklusif di pawagam GSC sahaja.
27/02/2023 - Balik kerja kepala sakit, sampai tahap air liur pekat dan muntah-muntah sebelah malam. Biasanya kalau simptom begini aku ada salah makan (food poisoning). Tak sempat tengok Marty Friedman/Megadeth secara live dari Bodukan.
28/02/2023 - Syukur alhamdulillah hari ini aku sihat, sebelah malam sudah dapat kembali menyertai sessi tinju di PS Boxing Club selepas "ponteng" dua minggu.
_____
AADI: Selamat 3.3
0 comments
Post a Comment