Kali terakhir kami ber"tour de Brunei" bulan Jun 2019, kemudian semasa dan selepas pandemik sempadan Malaysia-Brunei menjadi agak mustahil untuk dilalui.
Setelah syarat kemasukan ke Negara Brunei Darussalam semakin longgar terutama selepas 12.12, inilah peluang untuk kami kembali menggunakan laluan ini untuk bercuti balik kampung di Membakut bersempena majlis perkahwinan anak buahku si Aizuddin Madani. Inipun perjalanan terpaksa ditangguh beberapa hari kerana aku positif COVID-19.
Dan dengan pembukaan Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (aka Jambatan Temburong) untuk kenderaan luar, dapat menjimatkan tempoh perjalanan sekitar 2-3 jam kerana tidak lagi perlu melalui Limbang. Jambatan ini menghubungkan bahagian Muara dengan Temburong melalui Teluk Brunei dengan jarak sekitar 30 km. Sebelum bulan Ogos tahun ini, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan tempatan.
Ketika melalui jambatan ini terasa nostalgia melalui Jambatan Pulau Pinang zaman-zaman wasted years dulu...
_____
AADI: Sayangnya, jalan Pa(i)n-Borneo Sindumin-Beaufort pula bermasalah.
0 comments
Post a Comment