Step Drilling


Step drill bits yang diperolehi dalam entri beberapa minggu lepas adalah untuk membesarkan lubang pot pada Goldie kerana ingin dipasang dengan pot CTS yang berdiameter 3/8" (~9.52 mm) berbanding pot Alpha yang digunakan sekarang 5/16" (~7.94 mm).


Hujung heksagonnya memang serasi dengan lubang pada drill Bosch GSR ProDrive, membuatkan kerja-kerja semakin mudah. Masking tape digunakan sebagai penanda supaya tidak terlajak laris korek.


Masking tape juga digunakan semasa proses mengorek supaya kemasan tepi lubang pada permukaan Goldie tidak pecah/retak. Kerja-kerja membesarkan lubang tak sampai pun 5 minit, kalau guna kikir entah berapa lama masa yang diambil.


Hanya pot CTS All Parts sahaja yang digunakan kerana memiliki groove kasar yang sesuai untuk tombol asal Epiphone yang jenis tekan (push-in). Pot CTS DiMarzio EP1201 memiliki groove halus dengan diameter yang agak lebar. Mungkin sesuai untuk tombol jenis berskru.

Dipasang pot volume sahaja, bypass tone (wayar label biru), kerana aku cuma ada dua unit pot CTS All Parts dan dua unit CTS DiMarzio (yang mulanya dirancang untuk tone). Nanti kalau dah ada stok CTS All Parts baru, akan dipasang kemudian bersama-sama dua biji buah oren.

Juga bereksperimentasi menggunakan penebat heat shrink tube untuk projek kali ini. Nampaknya kena ada pemanas yang sesuai barulah ia mengecut dengan sempurna, aku menggunakan pengering rambut dan pemetik api, kah kah kah...

Bersambung...

_____
AADI: Dah lama Goldie tidak beraksi.

Record Store Day 2018 - Rock At Large


Pembelian berkembar daripada kedai CD/LP Dr. Bentara kita - Rock At Large.


Mengambil peluang diskaun 20% bersempena Record Store Day 2018 pada 21-22/04/2018 yang lepas untuk memiliki dua album yang sudah sekian lama dalam senarai buruan; Vengeance Falls dan Abigail II: The Revenge.


Juga telah memperolehi album terkini Blaze Bayley The Redemption Of William Black (Infinite Entanglement Part III) minggu sebelumnya (tiada diskaun 20%). Seperti biasa, akan dibuat entri berasingan.

_____
AADI: Vengeance & revenge...

Wordless Wednesday: Baby Stor




_____
AADI: Tempat menyimpan bayi?

Sekitar IKMB & Friends Gig & Mini Mob


Sabtu (21/04/2018) - Pertama kali menjejakkan kaki di IKM Bintulu, suasana kampus sebegini mengingatkan aku kepada USM. Datang ke IKMB atas jemputan menyertai IKMB & Friends Gig & Mini Mob yang berlangsung hari ini bersempena Majlis Konvokesyen IKMB kali yang keempat.


Majlis konvokesyen biasanya adalah hari terbuka sesuatu kampus, tapi untuk kes IKMB ini orang awam tidak dibenarkan meletak kenderaan di dalam kawasan kampus dengan alasan tidak ada pas kenderaan, WTF? Nasib baiklah dapat runding masuk sekejap untuk memunggah barang (sahaja), kalau tak naya nak berangkut dari luar.


Tiba sekitar pukul 10.50-11.00 pagi, slot persembahan MUP dijadualkan pukul 11.15 pagi, sempatlah warm-up. Seperti gig sebelumnya, MUP tidak cukup korum hanya aku, Bob Kandar dan gitaris jemputan Azroy Hammet, tiada bassist.


Menggalas Neon dan menggunakan amp sendiri (yang dibawa untuk Mini Mob) iaitu Laney IRT-X. Amp atas pentas tidak boleh diharap berdasarkan pengalaman Azroy pada hari sebelumnya. Untuk amp modelling, patches dan efek, Boss GT-1 digunakan.

Baju ESP tapi gitar cuma LTD.
Mempersembahkan lagu Tears Of The Dragon dan Kabus sebagai persembahan "cukup syarat". Seperti yang dijangka, amp pentas yang digunakan oleh Azroy mula bermasalah semasa pertengahan lagu Dragon, terpaksa improvised lagu tersebut kepada versi agak akustik. *By popular demand, lagu The Trooper juga dimainkan.


Hujan renyai-renyai mula turun sekitar pukul 12.00 tengah hari, makin lebat dan berlarutan hingga pukul 1.00 petang. Terpaksa mencari perlindungan di bawah khemah pentas, biar aku basah, jangan equipment basah. Mujurlah gigbag semua jenis yang agak kalis air.


Persembahan selepas hujan oleh kugiran Gedong Riot Crew. Membawakan lagu-lagu bergenre punk/skinhead terutamanya lagu-lagu cover ACAB. Persembahan yang agak bertenaga berbanding kumpulan sebelumnya, hehehe...


Mini Mob bermula sekitar 2.30 petang dengan beberapa sessi soundcheck dan rehearsal, manakala acara sebenar berlangsung sekitar 5.00 petang selepas kedatangan VIP IKM. Setiap peserta yang mendaftar juga diberikan sijil penyertaan oleh pihak IKMB.

Lagu-lagu yang dimainkian Biar Berkikis Bulu Betis, Meniti Titian Usang, Hati Emas, Situasi, Akan Ku Tunggu, It's My Life, Last Kiss dan lagu encore Pelesit Kota.


Dikatakan ini merupakan Rock & Mob (mini) yang pertama diadakan oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia. Disertai oleh lebih kurang 50 orang ahli muzik dan vokalis daripada IKMB sendiri dan ahli Pemuzika. Kebanyakannya adalah muka-muka yang dikenali semasa Sarawak Rock & Mob bulan lepas.

Pendapat peribadi, Mini Mob ini walaupun berjaya, tapi ia agak kurang meriah kerana ramai rakan-rakan "geng keras" yang menyertai Sarawak Rock & Mob bulan lepas tidak dapat turut serta kerana komitmen kerja.

Ice cream break.
Acara Mini Mob tamat sekitar 6.00 petang, perut dah mula lapar. Selepas sarapan di rumah, aku hanya berbekalkan tenaga daripada 100 Plus, ais krim gula apong dan sebotol Brands Ca'ya. Aku tidak berani membeli makanan lain yang dijual di gerai-gerai bersebelahan pentas kerana baru kena keracunan makanan minggu lepas.

Rasanya ini merupakan aktiviti muzika sosial terakhir aku sebelum hiatus beberapa bulan. Selain alasan bulan puasa dan raya, yang penting adalah persiapan untuk paternity mood yang dijangka pada bulan Ogos nanti, insya-Allah.

_____
AADI: *Kadang-kadang teringin juga nak lari daripada hype Iron Maiden.

Ibanez GSR Copy


Diberi tugasan untuk "mengatur" sebuah bass milik rakan sepermuzikan Bintulu. Baru dibeli beberapa minggu lepas semata-mata untuk home recording. Rakan tersebut seorang gitaris, jadi perlukan sebuah bass. Dimaklumkan bahawa bass ini bermasalah bunyi humming yang kuat.


Dijadikan cerita ini merupakan pertama kali aku menservis bass. Bila dihantar ke tempat aku, aku berani cakap bass ini bukan Ibanez asli, tapi bahasa lembutnya "copy". Aku pernah memiliki dua jenis bass Ibanez GSR series iaitu GSR190J dan GSR200EX, jadi sedikit sebanyak tahap "GSR lore" aku boleh tahan jugalah.


Daripada headstock beberapa off-sets; (1) label "Ibanez", (2) trussrod cover bentuk LTD dan (3) bucu kanan agak "tumpul". Rujuk headstock GSR190J, GSR200EX dan SR300 di bawah sebagai perbandingan.

GSR190J (aka ex-Crows).
GSR200EX (aka ex-Clover).
SR300 (aka Tommy)
Pada badan pula, beberapa off-sets; (1) 24-fret berbanding 22-fret pada kebanyakan GSR series, (2) generic bridge bukan Ibanez B10, (3) tombol jenis logam dan bukannya plastik, dan (4) skru-skru pikap dipasang agak kelam-kabut, senget dan saiz tidak sesuai.


Menjenguk isi perut, sekurang-kurangnya kerja kayunya lebih bagus daripada Fender 50's Strat copy dalam entri ini. Cuma ia tidak dilapisi dengan cat konduktif yang biasanya berwarna hitam. Mungkin satu daripada punca humming.

VOL/VOL/TONE.
Pendawaian pun agak generic; pot 500k untuk kedua-dua pikap precision dan jazz, dan pot 500k untuk tone. Kebanyakan pendawaian PJ bass yang aku jumpa di internet menggunakan pot 250k.


Nak buat copper shielding menggantikan cat konduktif, tapi aku tak ada material dan kemahiran. Jadi aku cuba untuk "mengatur" semula pendawaian - buka dan pateri semula wayar seringkas mungkin dengan harapan kuranglah ground loop.

Pada pendengaran aku yang amatur ini, selepas "diatur" semula pendawaian ada kurang sikitlah humming (menggunakan Blackstar Fly 3) berbanding mula-mula diterima. Cuma malangnya, bila sampai di tempat tuan punya, bunyi humming masih ada *sigh~*.

_____
AADI: Bajet bukanlah satu-satunya kriteria pembelian alat muzik.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger