Tiba-tiba teringat pada ex-Tobi aku. |
Tuan punya amat suka membeli gitar-gitar replika sebegini, mungkinkah tuan punya lebih pentingkan logo berbanding playability? Pada pendapat aku, Squier Standard Stratocaster dalam entri ini lebih halus seni pertukangan kayunya berbanding replika ini.
Tapi tak mengapa (parap-parap) preference masing-masing, katanya gitar ini akan dijadikan gitar projek atau belasahan. Antara modifikasi yang telah dilakukan oleh tuan punya ialah menggantikan machine head (tuning peg) dengan set warna hitam dan string tree jenis roller.
Dihantar servis untuk menggantikan set pikap asal dengan set single coil yang dibekalkan. Pikap asal bukanlah Fender Noiseless tapi hanyalah tulisan "Noiseless" pada bobbin yang menutup pikap murahan.
Aku jangkakan pikap yang dibekalkan adalah pikap premium seperti Seymour Duncan atau DiMarzio, tapi hanyalah set pikap generic alnico yang diperolehi daripada Lazada. Tapi sekurang-kurangnya pikap ini nampak lebih solid berbanding pikap asal.
Nampak kerja yang kurang professional pada routing kaviti pikap. Alaaa~ ini gitar replika bukan, bukan orang akan tengok pun bahagian dalam ni kan? Nak tau seni pertukangan kayu gitar tu bagus atau tidak, jenguk-jenguklah area kaviti begini.
Untuk pematerian kali ini aku agak berpuas hati kerana besi pateri aku kembali dengan kepanasan yang optimum, kerja-kerja memateri pun lebih lancar, kemas dan cepat. Belakang pikap nampak tegap seperti DiMarzio Velvet series.
Sedikit setup dilakukan, menambah shim pada soket neck dengan menggunakan beberapa lipatan kertas supaya kecerunan neck kurang selari sedikit berbanding badan. Ini untuk memudahkan kerja-kerja melaras action dan intonasi.
Atas perminataan tuan punya untuk memasang set tali gitar baru bersaiz 9-42 pada gitar ini. D'Addario EPS520 ProSteel dipilih kerana hanya model ini sahaja yang bersaiz 9-42 ada dalam stok peribadi aku, selebihnya bersaiz 10-46, 10-52 dan lebih besar.
Tapi tuan punya kata pikap Lazada ini lebih "umph" berbanding pikap asal. Aku bukanlah peminat pikap jenis singlecoil, jadi aku tak tau macam mana menilai kualiti bunyi pikap singlecoil. Gitar aku yang ada single coil hanyalah Mirage (EMG SA).
_____
AADI: Ada lagi satu gitar rakan masuk untuk diservis.
3 komen:
menarik entri ni. kalau dekat nanti aku nak hantar gitar aku diservis haha
pendawaiannya kemas.Thumbs up
ada blog Yustech GT sebagai rujukan :)
Post a Comment