Sambungan daripada
entri semalam...
Metuk Ulau
Projekt Project (MUP) merupakan kumpulan keempat daripada lima yang membuat persembahan pada malam tersebut. Persembahan MUP bermula sekitar 10.30 malam.
 |
Caught somewhere in La Bistro? |
Aku rasa ada "hikmahnya" kenapa persembahan MUP lewat sedikit. Jika kami menjadi kumpulan pertama atau kedua membuat persembahan, suasana pada ketika itu agak kurang sesuai untuk muzik heavy metal.
 |
Aksi Adi Herman yang bakal "makan pari" tak lama lagi? |
Sebelum persembahan, aku memulakan dengan ucapan yang ringkas, tak nak pening-pening intro berbelit macam kumpulan lain:
"Good evening, we are Metuk Ulau Project, just another cover band... You guys ready for some old-school heavy metal?!"
And the madness begins...
 |
Korawk nampak lebih kacak bila tidak memakai cermin mata. |
Setlist MUP @ Oktoberfest:
- Caught Somewhere In Time (intro part)
- Coming Home
- Tears Of The Dragon
- Wasted Years
- Fear Of The
Duck Dark
- The Trooper
 |
Tesla powered Korawk! This is madness! |
Seperti sessi jamming latihan pada
malam sebelumnya, Korawk menggunakan Samick
Hybrid Les Paul copy dan tidak menggunakan Ibanez GRG270. Katanya disebabkan prestasi set pikap Tesla Plasma-2 yang dipasang pada gitar ni lebih mantap berbanding pikap stok yang ada pada GRG270.
 |
Gitar hijau? Kabel pun hijau? |
Ya ya, aku tau... Kali ni aku guna Charvel
So-Cal Style 1 HH (belum ada nick, belum ada ulasan). Walaupun
Goldie merupakan gitar "live" kegemaranku, tapi ia direhatkan untuk kali ni.
 |
Azrol (dan Mirage aku) sedang beraksi. |
Seperti
OSG2012 Februari lepas, aku menyuruh Azrol menggunakan
Mirage aku (also, Tesla powered) yang lebih "sesuai" untuk situasi pada malam tersebut. Solo-solo Azrol menerima banyak pujian sama ada dari pengunjung, patron La Bistro mahupun ahli-ahli kumpulan lain.
 |
Mencari chords yang hilang? |
Rata-rata yang menyerbu ke depan pentas adalah ahli-ahli dari kumpulan lain (The Once, Ana & The Scene, Wantwojuice, Majestica) dan geng-geng MUUV yang dipelopori oleh Rashid Malim dan Fadel BBKK.
 |
Kali ni Bob siap-siap bawa bekal Gaviscon. |
Bob Kandar mula menunjukkan tanda-tanda
semput kepenatan bila tempo lagu
FOTD mula menurun pada rangkap terakhir (faktor usia?).
 |
Enjin belum panas. |
Brader bertopi putih pakai t-shirt Gene Simmons (aka Bro Kiss), siapa tahu siapa brader ni? Menurut info Rezal (The Once) Bro Kiss ni "seorang otai", mungkin lagu-lagu Iron Maiden ni zaman-zaman dia juga kot?
 |
And all the things I sometimes do, it isn't me but someone else... |
 |
Awas, enjin sudah panas! |
Ketika kami memainkan lagu
Wasted Years, Bro Kiss tadi tiba-tiba meluru ke depan dan "merampas" mikrofon Adi, dan tidak disangka-sangka terus menyanyi bersama-sama.
 |
Enjin terlebih panas! Hahaha~ |
Selepas lagu
FOTD, tiba-tiba Bro Kiss tadi sekali lagi "merampas" mikrofon Adi dan menuntut supaya kami memainkan lagu
2 Minutes To Midnight (yang tiada dalam setlist kami). Aku cuba menafikan tuntutan tadi dan menggantikannya dengan lagu kemuncak -
The Trooper.
 |
Why so serious? |
Enjin aku pun terlampau panas, hahaha! Mungkin dapat aura daripada reaksi penonton kot? Kesimpulannya, MUP owns the night! La Bistro has been MAIDENised! Up The Irons! \m/
Selepas persembahan MUP, rata-rata pengunjung mula beredar meninggalkan bistro. Mungkin mereka ingat MUP adalah persembahan kemuncak (main event). Agak kurang adil bagi kumpulan terakhir Wantwojuice.
Yang pasti Q3HD ni telah berjaya menjalankan tugasnya, dapat merakam video persembahan MUP (in HD720) sekitar 35 minit. Walaupun visualnya agak gelap, tapi kualiti bunyi memang mantap, tak sia-sia Korawk beli benda ni, membuatkan aku terGAS untuk memiliki versi
H1.
Juga terdapat gambar-gambar menarik yang diambil menggunakan kamera Canon si Korawk (jurufoto la katakan), sama-samalah kita menunggu entri dari blog
Geng Kereta Sapu.
Credits to Nasuki Malim (The Once) for these wonderful pics (except the last pic) taken with my cheapo
Cyber-Shot.
_____
Ada apa: Harap maaf kalau ayat-ayat aku ni agak
angkat bakul bias - memang pun! Hahaha...
12 komen:
fantastic report beb.
mesti happening ye
apa yang aku tahu psl brader yg pakai baju KISS tu,tahun lepas dia jadi one of the jury dlm pertandingan Battle Of The Band Everly Jamfest bertempat di Parkcity Everly Hotel. Kalo dia dah jadi jury tu,im sure dia ni boleh dikatakan otai kot sbb pihak hotel dah beri kepercayaan utk dia jadi juri.adakah sebab pengalaman atau sebab lain itu aku masih kurang pasti.nanti aku tanya Rezal The Once lagi hehe.
siuk ehhhh
Steady....(meminjam kata2 Faizal Abd Fathi)
alamak... dah ada orang amik tagline aku,...hahaha... apapun terbaik!!!
mana videoclipnya???
video claim dgn si korok, dia yg handle recording
bagi pinjam mirage yer bang? kalau tragedi oktober berulang macam mana bang?
a) pinjam dgn kerelaan, kebenaran dan di bawah pemantauan aku
b) pinjam tanpa kebenaran aku
dua situasi berbeza, klu terjadi apa2 semasa situasi a) - redha ajelah~ klu situasi b) - yg tu mmg betul2 tragedi oktober!
tpkan, yg pinjam mirage aku ni lebih berdisiplin berbanding yg pinjam gitar adi herman... hahaha!~
wantwojuice punya gitaris memang merisaukan aku,dah la ibanez gax30 tu masih baru n jarang aku main,dia main gitar aku tu mcm mendiang Kurt pulak...perghh serius mencemaskan...hahaha
itu malam memang the best show MUP, congrats guys, Adi, Ijau, Bob and Asrol!! good job!! next mission, kena training, tambah setlist lagu lagu IM, 2 minutes to midded night versi metallica says hahaha
Post a Comment