Sebab itu aku memperolehi sebuah tuner lagi, D'Addario NS Micro Tuner (NSMT). Ia merupakan pembelian sampingan bersama-sama pembelian bass Ibanez SR300 (aka Tommy) beberapa minggu lepas. Kebetulan semalam Bro Sub pun ada buat entri mengenai tuner ni.
"The feature packed tuner your audience will never see. The tuner features a reversible screen, multi-colour display and metronome in a house that blends with aesthetics of any instrument. It's so small, convenient and accurate, you'll want one for every instrument you own!" - hype from label.
D'Addario dan Planet Waves merupakan jenama adik-beradik, tapi tuner ni menggunakan jenama D'Addario berbanding Planet Waves. Harga? Mahal sedikit berbanding tuner jenama Snark.
Tuner utama aku sekarang ialah PitchHawk-G menggantikan Snark SN-8 yang dah hilang, entah tercicir semasa jamming ataupun hilang selepas dimain oleh Lil'Ijau. Pitchclip hijau pula dah rosak satu daripada LEDnya, tapi masih boleh digunakan.
Perbandingan saiz dengan bateri CR2032 yang digunakan. Walaupun ia agak mikro, tapi fungsinya tidaklah seringkas Pitchclip, kerana ia juga memiliki fungsi metronome di samping paparan LED yang berwarna-warni. Tetapi tidak memiliki fungsi FLAT/CAPO seperti yang ada pada PitchHawk-G.
![]() |
Bersembunyi di belakang headstock Mirage. |
- Paparan LED berwarna-warni (red - over flat/sharp, yellow - almost there, green - in tune).
- Tindakbalas tuner mengesan getaran yang cepat untuk kedua-dua frekuensi gitar dan bass.
- Kecil (mikro) senang disembunyikan di belakang headstock.
- Kecil (mikro) lebih senang hilang, terlepas pandang.
- Bukannya jenis clip-on (kepit), ada kebarangkalian terlepas sekiranya kuncian longgar.
- Agak kurang relevan untuk dikongsi dengan gitar lain, lebih sesuai digunakan untuk sebuah gitar sahaja.
_____
Ada apa: Manalah perginya tuner Snark aku tu...
5 komen:
Lebih kurang mcm Snark la ni...
snark ada "leher"
ESP
M-103FM je tu bang (LTD~), bukan KH-2
nice gak tuner ni
Post a Comment