Oke, inilah restoran tempat kami (ahli North Borneo Trooper @ NBT) selalu makan dan port lepak selama dua-tiga hari kami berada di Singapura.
Di area sekitar Jalan Besar memang susah nak cari tempat makan yang "memenuhi citarasa" kami (selain McD), dari hostel kami menapak ke area Jalan Syed Alwi (arah menuju Mustafa Centre) setelah mendapat info dari patron Fernloft Hostel.
Tea terik? Terik? Adakah ia sepanas mentari?
Jas Restaurant, No. 196 Jalan Syed Alwi, specialised in Mamak foods - roti prata, murtabak, briyani, variasi kari dan makanan-makanan yang biasa dijumpai di restoran-restoran Mamak yang lain. Aku tak jumpa apa-apa info atau blog pasal restoran ni di internet (maybe this was the first?).
Ia cuma sebuah restoran yang kecil dan ringkas, nothing special. Memandangkan bangunan-bangunan sekitar Jalan Besar dan Jalan Syed Alwi ni seakan-akan Georgetown (Penang), feels like sort of deja vu.
"Can you speak Malay?" antara soalan pertama yang diajukan oleh seorang daripada ahli NBT ketika mula-mula menjejakkan kaki di restoran ni. Ya, memang taukenya pandai berbahasa Melayu, tapi biasalah dengan pelat Mamak.
Kalau tak silap di restoran ni cuma ada 10 meja sahaja
(Takilala sebagai model bontot).
Rata-rata semua ahli NBT amat berpuas hati dengan makanan di sini, terutamanya dari segi harga. Sekali makan nasi campur (satu lauk dan sayur ala nasi kandar) dan air, purata dalam SGD5.00-7.00 sahaja (tapi bila forex pi RM, tepuk dahi juga jadinya hehehe).
Antara minuman yang menjadi kegemaran ahli-ahli NBT (terutamanya Takilala) di restoran ni ialah fresh sugar cane (air tebu segar). Sayangnya aku tak berpeluang menikmati air tebu ni disebabkan aku lebih banyak minum 100 Plus dan air kosong (untuk mengatasi dehidrasi). Tebu yang baru dikeluarkan dari peti sejuk hanya akan diperah (dengan mesin) apabila ia diorder oleh pelanggan. No wonder they called it fresh sugar cane...
Aku tak pasti waktu urusniaga (operating hours) restoran ni. Dalam 9.00 pagi kami datang untuk bersarapan, restoran ni dah buka. Dan selepas kami balik dari konsert Iron Maiden dalam pukul 1.00-2.00 pagi restoran ni pun masih buka. Adakah ia juga buka 24 jam seperti Mustafa Centre? Tapi dengan suasana "night life" di Singapura, ia tidak menghairankan.
Roti prata keju (cheese prata) dan teh "terik" (hehehe).
Roti prata (roti canai) keju merupakan antara makanan kegemaranku. Disebabkan prata keju di restoran ni rasanya manis (ditabur gula di dalam), jadi ia amat unik dan berbeza dengan roti canai keju yang selalu aku nikmati di Bintulu.
Setiap kali aku (dan juga mungkin ahli-ahli NBT yang lain) terkenangkan pengalaman di Singapura - selain konsert Iron Maiden, lawak MRT, Swee Lee dan Davis, pastinya Jas Restaurant ni antara lokasi yang tak mungkin dilupai.
Kalau ada apa-apa info tambahan daripada ahli NBT yang lain, aku akan tambah lagi...
_____
Ada apa: Jairo, nanti ko ada buat entri pasal restoran ni juga kah?
1 comment
aku nampak andy kat situ haha..
Post a Comment