Selasa 15/2/2011 - Hari kedua berada di Singapura. Konsert Iron Maiden dijadualkan bermula pukul 8.00 malam, jadi pagi sampai tengahari (atau petang) sempat nak jalan-jalan dulu.
Selepas bersarapan di Jas Restaurant (cheese prata best!) dalam pukul 10.00 pagi aku bersama geng-geng Manggas (Takilala, Jairo, Ymi, Awg Raem) memulakan antiviti ronda-ronda macam pelancong (memang pelancong pun) sekitar area Bras Basah Road, specific target - Bras Basah Complex (dari malam tadi dah plan).
Kompleks ni nampak macam bangunan lama era 80-an. Terasa macam kedai-kedai di Segama (Kota Kinabalu). Atas sebab-sebab tertentu aku cuma dapat ambil gambar dari luar sahaja, paham-paham sajalah depan pintu dah ada notis "no photography allowed".
Ranking Sports & Music - daripada info tauke DEG, Ranking Sports & Music ni merupakan distributor/dealer gitar-gitar jenama Dean di Singapura. Tapi tadak juga Dean Metalman Z bass yang dicari oleh seseorang...
Blackwood Guitars - rare, boutique and vintage,
aku tak masuk pun ke dalam kedai ni hehehe.
Waktu kami sampai, Swee Lee baru je buka. Di dalam aku cuma ronda-ronda area Jackson X-series, Ibanez dan Epiphone. Terjumpa Ibanez ART300 - antara gitar idaman aku ni, tapi sayangnya warna VTC (violet caiman), idamanku ialah GRC (green caiman). GART60 TFB (tri-fade burst) was also available, looks cool too...
Epiphone Les Paul Nightfall (seperti dalam entri thE guitaR addicT!) pun ada, bergandingan dengan Les Paul Studio Gothic, geram juga tengok Nightfall ni (boleh masuk dalam 2011 wishlist ni). Owh ya I saw some Warwick basses at the back, and hi-end stuff (those SGD5k and above) especially Gibsons and Fenders was showcased in a special room.
Sudah-sudahlah tu Jairo... Takkan lari gunung Telecaster dikejar.
Btw, tensen juga nak cari tandas di kompleks ni, tandas yang ada di setiap tingkat bertulis "for tenants only, public toilet available at ground floor". Terpaksa turun ke tingkat bawah (kalau kat Malaysia, aku main redah je masuk tandas tenants hehehe).
I like this poster :)
Kepada pembaca dari Singapura, especially Bro Sub dan Deaf-Angel, kalau ada info-info tambahan pasal kompleks ni, amatlah dialu-alukan.
Memandangkan tidak ada apa-apa yang menarik di Bras Basah Complex ni (selain kedai-kedai gitar), kami cuma ronda-ronda dalam setengah jam. Then off we go to Peninsula Shopping Complex, but that was another story...
_____
Ada apa: Kesian Jairo selalu ketinggalan di belakang...
1 comment
Helo bro.. ada terjumpa beras basah ka kat complex tu?.. hehe
Post a Comment