Agak janggal untuk aku mendapatkan sebuah buku cerpen atau novel, sebab aku ni jenis *malas membaca. Tapi atas sebab-sebab tertentu yang akan dijelaskan di bawah, aku terus mendapatkan buku ni.
Pengenalan dan ulasan rasanya tak perlu, boleh rujuk blog penulis atau ulasan ringkas blog PC Kokak (lepas ni ada lagi geng bloggers lain bakal buat ulasan). [Edited 8/11/2015] Tambahan beberapa entri ulasan daripada rakan blogger lain - Rafi Xyrus, Berteromber, Kaboi Tanduk.
Penulis bersama watak utama, Murad. |
Sejak minggu lepas aku ada idea gila-gila untuk mencabar setiap ahli Metuk Ulau Project supaya menyediakan lagu dan/atau lirik yang diilhamkan daripada buku ini untuk dijadikan mini album "OST" dengan tajuk yang sama.
Bintulu Buskers, bass tersebut. |
Setakat ini hanya penulis dan Azrol telah menyahut cabaran, manakala Bob Kandar dan Korawk (merangkap watak utama kedua, Nasrul) belum memberikan jawapan. Jika jadi, projek akan bermula hujung tahun ini atau awal 2016, insya-Allah.
*Sebenarnya aku seorang yang malas membaca, lebih-lebih lagi bahan bacaan jenis sastera. Aku lebih suka membaca bahan bacaan jenis sains, teknologi dan sejarah yang disertakan dengan gambar berwarna-warni seperti majalah National Geographic dan majalah berkaitan PC.
_____
Ada apa: Aku bukan orang sastera, jadi agak susah nak karang lirik berbanding buat lagu.
6 komen:
Untung la nasrul dpt royalti banyak.buku dah sold out..heheh
buku sold out sebab buat hanya 50 unit sahaja dlm malaysia ni haha. yang dah dpt buku tu kira beruntung la. challange accepted. gua dah draft sikit2 lirik lagu. tajuk? nantikan haha
"kutagih mekdimu di tengah bulan" tajuk khas utk nasrulkorawk
aku punya baru ni hari dapat...tq En Adi.
sold out tahniah...
aku tunggu aku nye copy bila balik Malaysia nanti hahaha..
hey bro..sedap la lagu Instromadness (Ver 3.0) ni
baru ku tahu print 50 jer..kan bagus kalu ada hand numbered..hehe
Post a Comment