Menunaikan janji untuk menonton filem Despicable Me 4 bersama anak dara aku si Lil'Ijau kerana kami follow francais Despicable Me dan spin-off Minions sejak dia masih kecil lagi. Nasib baik GSC Bintulu masih ada tayangan, kalau TGV Bintulu sudah tiada...
Pendapat peribadi aku, filem kali ini seperti kurang menghiburkan dan tidak segah filem-filem terdahulu. Plot kurang menarik, lawak pun tak seberapa. Antagonis utama Maxime Le Mal tidak memberikan impak seperti antagonis tiga filem sebelumnya (Vector, El-Macho, Balthazar).
Lucy sudah beranak (Gru Jr.), tapi Margo, Edith dan Agnes pula masih kekal kanak-kanak seperti usia dalam filem pertama. Alangkah bagusnya jika mereka meningkat remaja dalam filem keempat ini memandangkan francais ini sudah lebih sedekad.
Tiada Dru dalam filem ini, tak tahu kenapa... Kalau tak silap semasa penghujung filem ketiga hampir kesemua Minions menjadi pengikut Dru kerana Dru adalah seorang supervillain, manakala Gru kembali bersama AVL. Tapi dalam filem ini nampaknya semua Minions kembali bersama Gru. Mega Minions pula hanya sebagai parodi filem-filem superhero.
![]() |
Menakluk popcorn. |
Bagi aku filem pertama akan tetap menjadi kegemaran, kerana ia antara filem pertama yang ditonton dalam format 3D (GSC Suria Sabah, 2010) tanpa menjangkakan apakah sebenarnya plot filem tersebut.
_____
AADI: Baru teringat filem Minions: The Rise Of Gru ditayangkan dua tahun lepas.
0 comments
Post a Comment