Minggu ini saluran History Asia mula menayangkan rancangan-rancangan berkaitan WWE, bermula dengan Biography: "Stone Cold" Steve Austin dan WWE's Most Wanted Treasure Isnin lepas sehinggakan Forged In Fire malam tadi pun ada elemen WWE siap ada Ric Flair sebagai tetamu. Tergerak hati nak buat entri...
Serius, ada tiga benda yang membentuk sikap dan mempengaruhi kehidupan remaja aku penghujung 90an dan awal 2000an dulu - komik manhua, muzik grunge/metal dan pro-wrestling (gusti, bukan tinju ye).
Mula kenal pro-wrestling era "Rock and Wrestling" WWF pertengahan 80an dulu, rajin baca majalah pro-wrestling di rumah Takilala, mula kenal beberapa kompeni lain seperti WCW dan NWA. Kemudiannya layan sahaja apa rancangan pro-wrestling yang disiarkan di TV RTM ketika itu, WWF/WCW yang biasa ceritanya ketinggalan beberapa bulan.
"Johanson" dan tinju. |
Masuk zaman siswa USM terutamanya 1998-1999, hampir majoriti rakan-rakan serumah adalah kaki WWF. Kami akan kumpul duit RM5.00 dan menyewa pita VHS Raw Is War mingguan daripada kedai video berhampiran. Ketika itu merupakan kemuncak era "Attitude" WWF yang menyaksikan kemasyhuran Stone Cold Steve Austin, Undertaker, D-Generation X dan The Rock. Crotch-chop DX merupakan norma biasa kami ketika itu.
Sehinggalah awal tahun 2000 aku terbaca artikel berkenaan industri pro-wrestling, mula faham konsep pro-wrestling, istilah babyface/face, heel, kayfabe, sell/sold, botch, promo. Pandangan aku terhadap pro-wrestling mula berubah daripada gaya-hidup kepada hiburan, sama seperti baca komik dan/atau tengok drama mingguan. Kebetulan ketika itu merupakan era peralihan WWF kepada WWE (entertainment).
Kemudian ketika era "Ruthless Aggression" minat aku terhadap pro-wrestling mula menurun dari tahun ke tahun, sehinggalah tahun 2010 atas sebab-sebab "sudah tidak menarik" aku berhenti layan pro-wrestling, siap berhenti melanggan pakej sukan Astro (yang semakin mahal).
Terima kasih kepada mereka-mereka yang terlibat dalam industri pro-wrestling, termasuklah manager, announcer, referee, promoter, diva, live TV production team. Kerana anda, pro-wrestling akan sentiasa diingati sebagai memori menarik zaman remajaku.
_____
AADI: And that's the bottom line coz IDK said so...
2 komen:
Zaman dulu budak mana la yang tak terpengaruh dengan gusti...
Ok baru tau ada program ni kat History Channel... nanti aku cekidot..Tq.
malam ni kalau tak silap giliran Rowdy Roddy Piper
Post a Comment