Memulakan bulan Ogos dengan berpindah ke kediaman baharu, agak sedih juga meninggalkan kediaman lama kerana memori mendiaminya lebih 11 tahun, sebaya umur anak sulung aku si Lil'Ijau.
Di kediaman baharu, sengaja aku susun axology aku begini, selain sessi fotografi arkib (untuk entri ini) juga sebagai prank kepada Mrs. Ijau. Nampak banyak, tapi sebenarnya ada 10 unit sahaja - Goldie, Candy, Tommy, Francesco, Sven, Shiro, Tigera, Chucky, Swede, Dinky - selebihnya hanyalah gigbag dan hardcase kosong. Jika ada peluang, teringin untuk melepaskan beberapa unit lagi...
Ya, masih menyewa kerana harga hartanah di Bintulu ini memang tidak munasarawakbah, agak tidak mampu untuk memiliki kediaman sendiri. Nasib baiklah kami dikelilingi oleh insan-insan yang berhati mulia, segala proses perpindahan berjalan lancar dan dipermudahkan.
_____
AADI: Terkejut Mrs. Ijau.
2 komen:
Selamat berpindah.
Tapi masih beruntung lah bagi siapa yang kerja gomen. Yang kerja swasta ni nak loan bank beli rumah pun belum tentu lepas...
teringin nak beli rumah di sini, tapi harga berbanding dengan bandar lain seperti Miri dan Sibu memang jauh beza kelas per harga
Post a Comment