Juga menjadi bulan yang kurang entri seperti tahun lepas, cuma ada tujuh entri termasuk entri ini.
9/2/2024 - Memang sudah merancang untuk balik Membakut sekeluarga cuti seminggu melalui jalan darat trans-Borneo (aka tour de Brunei) bersempena CNY dan cuti sekolah. Lagipun ingin melawat ibu yang kesihatannya mula merosot sejak bulan Ogos tahun lepas.
Singgah Lawas, rehat dan makan. |
Tiba di kampung rumah kakakku (mak Aizuddin Madani) sekitar 7.30 malam dan amat tak sangka ibu kini dalam fasa tenat. Sejak bulan September tahun lepas keluar-masuk wad hospital Beaufort, Kuala Penyu dan Queen Elizabeth atas pelbagai komplikasi kesihatan.
11/2/2024 - Dipendekkan cerita, ibu menghembuskan nafas terakhir sekitar 4.40 petang dan pengurusaan jenazah dijalankan keesokkan paginya 12/2/2024, genap setahun selepas pemergian ayah. Bak kata abang sulungku, cinta orang dulu-dulu berjanji sehidup semati. Memang aku perasan sejak pemergian ayah, ibu sudah tidak sesihat dan seceria sebelumnya.
14/2/2024 - Baru ada peluang menukar sebiji tayar Silvia aku yang menjadi mangsa jalan Pa(i)n Borneo semasa perjalanan lima hari lepas. Memang sudah ada perancangan untuk menukar kedua-dua tayar hadapan yang sudah berkhidmat empat tahun selepas balik cuti. Tak sangka pula terpaksa ditukar awal. Maka terkoreklah dana-dana kecemasan dirampas dari tabung perhobian.
15/2/2023 - Sudah tidak membuat entri ulang tahun berteriak di Singapura selepas entri tahun ke-11, sudah boleh move-on seperti tahun lepas.
Dalam perjalanan balik dari Taman Firdaus (tanah perkuburan), sempat singgah di sini untuk mengambil gambar sekolah rendahku SK Pengiran Jaya (1986-1991) yang kini sudah jauh berbeza berbanding era aku dahulu. Katanya pemenang sekolah rendah tercantik daerah Membakut.
Bangga juga kerana aku produk sekolah ini. Cuma mural "Wawasan 2020" yang aku lukis dan cat bersama-sama rakan dan guru besar ketika itu (1991) sudah tiada.
Selamat tinggal Februari...
_____
AADI: Aku ada beberapa orang rakan yang lahir pada 29 Februari.
1 comment
Salam takziah.
Aku pun dulu terlibat dalam lukisan mural sekolah dengan tajuk yang kalau aku tak silap "Makanlah Buah-buahan tempatan".
Tapi lama dah lukisan tu berganti dengan mural lain...maklum lah kejadian 36 tahun yang lalu...
Post a Comment