Edisi terhad minuman yogurt Nestle Bliss kembali lagi dengan dua perisa - ros bandung dan kurma gula Melaka. Pada pendapat aku ia lebih bertemakan Ramadhan berbanding Hari Raya.
Berlatarbelakangkan corak kain batik yang agak
funky tradisional. Kedua-dua perisa sememangnya sinonim dengan juadah sungkei (iftar, buka puasa) kita orang Malaysia. Perisa ros bandung yang rustic amat mudah diteguk, sesuai bagi mereka yang baru nak belajar minum yogurt.
Lain pula bagi perisa kurma gula Melaka, ini memang perisa "nang nyaman padah orang Sarawak" dan "paling manang bilang orang Sabah" antara
kedua-duanya kesemua perisa Nestle Bliss yang pernah aku cuba. Tak nak cerita, cuba sendiri, kah kah kah... Tapi perisa ini memang susah nak cari di Bintulu (setakat ini) selalu sold-out.
_____
AADI: Entri edisi terhad lain -
epal markisa lemon,
original,
epal pisang.
1 comment
Bandung looks nice kalau yogurt, aku balik kl weekend ni aku nak carik
Post a Comment