Menonton filem The Final Reckoning tayangan paling awal 10.35 pagi Sabtu lepas (17/05/2025) di GSC Bintulu. Sekuel terus daripada filem sebelum ini Dead Reckoning Part 1 rilisan 2023.
Bukanlah filem MI jika tiada adegan Ethan Hunt berlari selaju Sarutobi Sasuke (Sasuka, The Ninja). Serius, lebih laju daripada kereta sebab ada satu babak Hunt memilih untuk berlari ke hospital berbanding menggunakan kereta yang sedia ada. Juga lagak-lagak ngeri yang dilakukan sendiri oleh Cruise memang tahap stuff of legends.
GSC Bintulu tak ada ScreenX.
Sebagai sebuah filem aksi espionaj, filem kali ini lebih ohsem berbanding Part 1. Semua plot espionaj ada - kecerdasan buatan (Skynet wannabe "Entity"), aset perang Amerika seluruh dunia, cliché tentera Russia, pengkhianatan, double agent, perang nuklear dan doomsday bunker. MVP filem ini aku rasa Erika Sloane lakonan Angela Bassett sebagai Presiden Amerika.
Cuma ada dua babak yang aku rasa boleh dipendekkan untuk menjimatkan masa tayangan (2 jam 50 minit!) iaitu babak dalam Sevastopol dan aksi kejar-mengejar biplane. Jika ini filem MI terakhir bagi Tom Cruise, ia merupakan pengakhiran yang terbaik. Selebihnya tak perlulah spoiler sangat...
_____
AADI: Diiring keluar penjara mesti tunjuk pusat.
0 comments
Post a Comment