Seperti filem The Flash, aku memilih GSC Bintulu atas faktor dewan besar BIG Dolby Atmos ditambah dengan kerusi D-Box dan harga tiket yang lebih murah berbanding dewan Infinity TGV Bintulu. Memilih tayangan 8.15 malam Jumaat lepas.
Aku tak follow sangat franchise Mission Impossible ni, rasanya aku hanya pernah layan sehingga filem keempat Ghost Protocol semuanya yang ditayangkan di TV. Maka filem ketujuh Dead Reckoning Part One inilah filem MI pertama yang aku layan di pawagam.
Antara filem yang masih mengekalkan resepi old school Hollywood dengan stunt praktikal, kenderaan sebenar di lokasi sebenar dan tidak bergantung sepenuhnya kepada green screen dan GCI. Plot dan jalan ceritanya pun taklah terlalu berat, sebagai sebuah popcorn movie, ia memang menghiburkan. Dengan tayangan hampir tiga jam (2 jam 43 minit) yang penuh aksi, agak sukar untuk menjangka masa yang sesuai untuk pergi ke tandas, sama seperti ketika layan filem Avatar: The Way Of Water dan John Wick: Chapter 4.
Tatkala filem-filem lain *menjatuhkan legasi dan maruah watak-watak lagenda demi menaik dan menonjolkan watak baharu (yang biasanya hampeh), filem ini menyeimbangkan watak lama dan baharu, baik watak lelaki atau wanita, masing-masing ada kelebihan dan kelemahan tersendiri. Seperti filem Top Gun: Maverick tahun lepas, Tom Cruise itu sendiri merupakan tarikan utama untuk menonton filem ini.
Serius, aku siap beli dua set popcorn - karamel biasa dan bandung Barbie. Mungkin boleh buat entri berasingan pasal popcorn ni...
_____
AADI: *Antara sebab aku boikot filem terbaharu Indiana Jones.
0 comments
Post a Comment