Selama hampir tiga tahun menyertai PS Boxing aku rasa dalam bulan ini ada sekali aku mampu menyertai ketiga-tiga sessi latihan dalam seminggu iaitu malam Selasa, Rabu dan Sabtu. Sebelum ini biasanya hanya menyertai satu atau dua sessi seminggu bergantung kepada faktor kepenatan badan dan masa.
Dan untuk malam sparring (biasanya Rabu, kadang-kadang Sabtu) juga mampu menghabiskan semua pusingan latihan (8-10 pusingan), 3 minit per pusingan, 1 minit rehat. Kalau sebelum ini biasanya hanya mampu separuh, nampaklah ada peningkatan stamina di situ.
Masih ada sessi S&C menyelit. Kadang-kadang rasa enjoy bila ada sessi S&C sebegini, terasa seperti boleh push limit kendiri. Serius, kalau buat S&C sendiri di rumah memang tiada motivasi, antara sebab aku sertai PS Boxing sebab ada juru latih yang akan asses kemampuan dan keupayaan ahli.
Lain cerita, rancangan dokumentari Contender terbitan TVS yang sessi rakamannya dilakukan di Sapphire Gym tahun lepas (entri ini) telahpun mula disiarkan pada Jumaat lepas 16/05/2025 8.15 malam di TVS. Boleh tonton semula di sini, tak dapat nak embedded.
Adalah seorang "uncle" tu berseluar hijau menyelit menjadi NPC bermula @7:15 dan seterus-terusnya. Katanya dokumentari ini ada enam bahagian, tak pasti Jumaat minggu ini masih fokus ke PS Muaythai lagi atau kelab/gym Muaythai lain di Sarawak.
_____
AADI: NPC pun NPC-lah, janji masuk TV.
0 comments
Post a Comment