Pada mulanya agak sedih sebab banyak dana-dana yang dikumpul terpaksa dilaburkan ke arah servis Imago aku untuk beberapa kali (75k, shock absorbers, exhaust pipe).
Namun setelah bertekad dan berusaha untuk mendapatkannya tahun ini dan dengan suntikan dana hasil daripada jualan "gali-lobang-tutup-lobang" dan servis pasang pikap, akhirnya dapat juga aku memiliki GAS terakhir untuk tahun 2012.
Bungkusan tadi berisi Line 6 FG5 pedal bag - tapi bukan beg ni yang aku beli, beg ni sebenarnya merupakan hadiah percuma sempena YES dengan setiap pembelian...
Line 6 Pod HD300! Muahaha! |
Adapter DC-3, kabel USB, kad waranti, resit dan manual (aka pilot's handbook) yang nipis. Tiada apa-apa CD atau manual tebal disertakan, semuanya disuruh muat-turun dari website Line 6 *sigh~*.
Pada mulanya aku ingin mendapatkan Pod HD Desktop (aka black bean) untuk menggantikan Pod X3 (aka red bean) yang telah dijual untuk dana-dana tambahan semasa menyambut kelahiran Lil'Ijau bulan Mei lepas. Tapi setelah memikirkan kos, fungsi dan logistik, akhirnya aku memilih Pod HD300.
Kenapa pilih Pod HD300?
- Sekarang dah selalu main "live" bersama Metuk Ulau Project (MUP), kalau guna Pod HD Desktop agak leceh sebab terpaksa beli lagi suis kaki (FBV, Shortboard) berasingan.
- Jika dibandingkan dengan Pod HD400, perbezaannya hanyalah tambahan beberapa suis kaki (bank up/down, effects loop) dan lubang-lubang sambungan I/O pada bahagian belakang (FX send/return, pedal 2), semua ini dengan tambahan harga RM300 tetapi aku tidak memerlukannya. Pod HD500? Yang ni tak payahlah aku cerita...
- Terdapat empat suis kaki ABCD untuk mengakses empat patches secara berasingan, maknanya dari A kita boleh terus akses D tanpa perlu melalui B dan C, toggle macam guna Zoom G2Nu atau Vox StompLab IG.
Ada apa: Again, credits for Bro Amizan for yet another smooth online transaction.
5 komen:
Versi ni memang elok kalau kerap jamming- benda bean tu takleh letak atas lantai + pijak...
red bean dulu pernah skali je bawa jamming, mmg leceh sbb kena bawa FBV express lg
Keje gomen dah dapat bonus kan?...boleh la berGAS lagi..
ooo yg tu... GAS juga, tp bkn lari ke arah kegitaran
tahniah bro .. dan selamat berkarya
Post a Comment