Gajet ini dimiliki sejak 2017 hasil *pemberian daripada Bro Sub The Guitar Addict, tapi hanya pernah digunakan beberapa kali. Ia lebih optimum untuk kegunaan rakaman rumah atau studio berbanding kegunaan live semasa jamming atau gig.
Aku tidak memiliki masa dan kepakaran untuk rakaman, beberapa kali ia cuba diasimilasikannya untuk jamming, dipasang pada pedalbord dan disokong oleh beberapa pedal lain. Disebabkan rekabentuknya yang mendedahkan litar dan tiub-tiub di dalam kepada elemen persekitaran, ia tidaklah sesuai diletak di atas lantai.
Atas sebab-sebab di atas, aku mengambil keputusan untuk melepaskan gajet ini kepada mereka yang lebih seronok menggunakannya untuk rakaman. Untuk meneruskan legasi *pemberian, ia tidak dijual, sebaliknya diwariskan kepada anak buahku si Aizuddin Madani (AM) yang namanya kini makin naik dalam scene indie di Sabah.
Selain sudah ada EP sendiri, AM juga kini menjadi FB streamer dan producer untuk beberapa orang artis DIY di sana.
TSB6 masih digunakan di situ.
Juga diselitkan dengan beberapa warisan pemberian sampingan iaitu tuner Sledgehammer Pro, amPlug Night Train dan beberapa unit tali gitar dan pick sebagai tanda sokongan pakcikmu di sini, moga barangan ini lebih bermanfaat di sana.
[Updated 24/02/2021] Dah sampai, siap buat unboxing video lagi...
_____
AADI: Hampir dua tahun tak dapat balik Sabah, gara-gara PKPx.
2 komen:
kemana tumpahnya kuah la kan...
Saya turut sokong 👍🏾
Post a Comment