Satu daripada harta rampasan perang jualan akhir tahun daripada
Pusat Muzik Reco semasa "Black Friday"
minggu lepas. Walaupun dipesan oleh seorang rakan seMUUV, tapi setelah mendapat kebenaran untuk "memandu-uji"nya sebelum ia dituntut malam nanti, dapatlah juga modal buat entri untuk kali ni.
|
RM150 tu harga runcit. |
Akupun sebenarnya pernah terGAS untuk mendapatkan
amPlug 2 Metal (seperti
dalam entri ni). Tapi kebetulan rakan ni juga berminat dengan amPlug yang sama, dapat jugalah dijadikan
mangsa bahan ujikaji percubaan (trial) - kalau best, aku akan membelinya semasa "pusingan kedua" nanti. Kalau tak, faham-faham sajalah, hehehe... (Pok, if you're reading this, sorry~)
Input jack yang boleh dilaras pada empat darjah kedudukan (45°, 90°, 135° dan 180°) merupakan perbezaan utama antara amPlug 2 ni dengan amPlug
generasi pertama yang memiliki input jack statik. Memiliki tiga tombol untuk melaras GAIN, TONE, VOLUME, juga memiliki tiga jenis preset modulation; CHORUS, DELAY, REVERB.
Dari segi bunyi, ia tak jauh beza daripada bunyi modelling US METAL (
Rectifier) yang ada pada Vox
StompLab,
Valvetronix+ dan Korg
Pandora Mini, mungkin disebabkan ia berkongsi teknologi yang sama kot? (Korg adik-beradik Vox). Walaupun tidak setanding dengan bunyi Rectifier yang ada pada Line 6 Pod
HD-series, tapi untuk kegunaan santai atau warm-up sebelum gig, ia sudah mencukupi.
|
Yes, made in Japan. |
Pendapat peribadi -
Beli jika anda (1) suka gajet kecil-kecilan, (2) suka setup ringkas terus ke headphone tanpa sebarang pedal (3) seorang pengumpul (collector) barangan Vox.
Jangan beli jika anda (1) mengharapkan kualiti bunyi berdefinasi tinggi seperti Line 6 Pod HD-series (2) dah ada efek mobile lain yang boleh digunakan bersama-sama headphone - seperti Pandora Mini,
Pocket Pod atau
amPhone.
Disebabkan aku sudahpun memiliki Pandora Mini yang memiliki modelling Rectifier yang lebih kurang sama kualiti bunyinya, jadi aku mengambil keputusan untuk
tidak membelinya pada "pusingan kedua" nanti.
_____
Ada apa: Ulasan temberang je ni...
1 comment
(y) <- mcm facebook
Post a Comment