Entri makanan/minuman pertama pasca-C19, deria rasa dan bau walaupun belum pulih sepenuhnya tapi dah bolehlah cerita sikit-sikit untuk entri blog. Terjumpa perisa baharu untuk teh C special jenama Leaves iaitu perisa pandan kelapa di pasar raya E.
Mungkin perisa kali ini adalah untuk menyaingi jenama Three Tea yang sudahpun ada perisa pandan dan kelapa. Sama juga, rasa aromatik pandan dan lemak santan menenggelamkan rasa "sintetik" teh susu yang sinonim dengan teh susu paket/botol/tin.
_____
AADI: Selamat tinggal Mac, beberapa hari lagi nak puasa.
0 comments
Post a Comment