Perisa ketiga kopi segera cawan Aik Cheong yang dicuba, white coffee. Diperolehi seperti biasa di pasar raya M dengan harga RM3.80 walaupun tertulis di situ "exclusively on 7-Eleven", tidak seperti dua perisa sebelum ini cappuccino dan flat white.
Untuk perisa white coffee ini, rasa kopinya tak jauh beza dengan kopi putih 3-in-1 Nescafe yang terasa begitu generic white coffee. Bukanlah calon untuk pembelian berulang.
Tapi kalau pernah minum kopi putih Oldtown, fuh!~ Yang itu paling menang setakat ni, baik yang di restoran ataupun yang segera 3-in-1 (versi tin tak menang pula).
_____
AADI: Terjumpa versi teh tarik pula.
0 comments
Post a Comment