Pada mulanya aku ingin skip filem ini kerana artikel ini, tapi sebagai seorang geek siri Dungeons & Dragons pula, hati ini berkeras untuk menontonnya. Jadi aku menggunakan klausa tiket percuma dengan menebus 1600 kredit Movie Club untuk menonton tayangan 8.30 malam Khamis lepas di TGV Bintulu.
Disebabkan filem ini berlatar belakangkan benua Faerûn dalam dunia Forgotten Realms, beberapa lokasi seperti Neverwinter, Baldur's Gate, Icewind Dale, Underdark dan Thay ada dinyatakan. Begitu juga dengan faction yang ada seperti Harper dan Red Wizards.
Memang tidak dapat lari daripada elemen "diversity, equity & inclusion" dan "woke agenda" filem-filem Hollywood mutakhir ini, pastinya mengetengahkan barisan pelakon BIPOC, termasuklah watak berbangsa Tabaxi (bangsa kucing), Aaracokra (bangsa burung) dan Strixiki/Dragonborn (bangsa naga). Tak lupa juga dengan watak "body positivity" iaitu Therberchaud si naga gemuk.
Ada beberapa perkara yang bagi aku agak menjengkelkan. Pertama; fesyen pakaian Edgin Darvis (Chris Pine) nampak moden tak kena zaman walaupun untuk seorang bard dan Harper, mengingatkan aku pada pakaian Arthur dalam filem King Arthur: Legend Of The Sword. Kedua; Michelle Rodriguez memang sinonim dengan watak wanita kental, tapi melakonkan watak Holga Kilgore sibulu ketiak berkelas barbarian agak mengarut. Jika ingin mengetengahkan watak "girl power" juga, lebih sesuai kalau wataknya seorang thief/rogue/assassin atau fighter ala Valeria atau Red Sonja.
Ketiga; antagonis utama filem ini Sofina (Daisy Head), agak "duh~" sama seperti watak-watak ahli sihir dalam beberapa filem lain, contohnya Marique (Conan The Barbarian 2011), Enchantress (Suicide Squad) dan Ahmanet (The Mummy). Tapi lakonan dan dialog Hugh Grant (watak Forge Fitzwilliam) memang mantap sama seperti lakonan dan dialognya dalam filem Operation Fortune: Ruse De Guerre.
Selebihnya tak perlulah diceritakan takut terbuka banyak sangat spoiler. Tapi ini bukan filem yang serius seperti filem Dungeons & Dragons tahun 2000, banyak elemen komedi dan lawak hangit di dalamnya.
Aku berharap sangat ada cameo watak Drizzt Do'Urden, malangnya tiada.
_____
AADI: Tiefling yang comel.
0 comments
Post a Comment