Antara filem sekuel yang dinanti-nanti disebabkan memorinya. Menonton tayangan pukul 9.00 malam Jumaat lepas seperti biasa di TGV Bintulu Boulevard. Rata-rata yang menonton tayangan malam itu adalah gen-X yang sebaya atau lebih tua daripada aku, paling muda yang ada mungkin lewat 30an.
Aku kenal nama "Top Gun" daripada game NES Top Gun berbanding filemnya yang hanya ditonton pada awal 90an. Jalan cerita filem asal akupun tak berapa ingat, aku hanya ingat watak Maverick dan Iceman (Val Kilmer) sahaja. Tapi filem asal antara yang membuatkan aku minat dengan *F-14 Tomcat berbanding pesawat tempur lain, selain VF-1 Valkyrie yang mirip.
Jangan lupa ada cover versi Children Of Bodom.
Selain tema runut Top Gun, lagu Danger Zone juga ada berkumandang dalam filem ini untuk menggamet kenangan. Selepas 36 tahun, Maverick masih nampak muda seperti 40an dalam filem ini walaupun dalam kehidupan sebenar Tom Cruise mencecah 60 tahun.
Dengan elemen dan mesej wokeness yang mencemari filem-filem Hollywood mutakhir ini (terutama produk Disney), filem ini walaupun tidak 100% bebas wokeness, tetapi ia tidak menjatuhkan legasi dan maruah karekter-karekter asal, malah menaikkan darjat mereka sebagai lagenda. Begitulah seharusnya jika ingin membuat sekuel kepada filem-filem franchise. Namun Luke Skywalker, Han Solo dan John Connor antara yang tidak bernasib baik.
Tiada spoiler dalam entri ini, hanya yang amat menjengkelkan ialah pelatih-pelatih Top Gun seperti tiada rasa hormat pada pangkat pegawai atasan mereka. Padahal filem ini berlatar-belakangkan ketenteraan (US Navy).
_____
AADI: *F-14 Tomcat masih ada dalam filem ini.
2 komen:
Jennifer Connelly dan kenangan zaman awal remaja...filem wajib tonton untuk generasi macam aku...
Dalam kebanyakan filem barat yang berlatarkan militer / pangkat, memang rata-rata tiada yang menghormati kedudukan. Ini antara falsafah Barat - pangkat tak laku, gua siapa, lu siapa.
Post a Comment