Tiba sehari sebelumnya dan bermalam di Tune Hotels DPulze Cyberjaya (terima kasih Dr. Bentara atas cadangan), sekurang-kurangnya sebelah petang bolehlah jalan-jalan di DPulze dan melayan perasaan "forever alone" dengan menonton wayang di TGV pada sebelah malam.
Kualiti bilik Tune Hotels makin meningkat berbanding semasa aku menginap ni Tune Hotels Jalan TAR semasa konsert Metallica tiga tahun lepas - tuala, air-con dan Wi-Fi sekarang adalah sebahagian daripada pakej.
Apa yang aku perhatikan, DPulze ni banyak premis dan gerai makanan jenis franchise, banyak jenama franchise yang sebelum ni aku tak pernah dengar namanya ada di sini. Satu lagi yang aku perasan, ramai pengunjung warga Arab dan Afrika.
Ok ada premis Yamaha Beatspot di sini, tapi aku segan nak masuk. Bukan apa, takut TERbeli benda yang bukan-bukan...
Pawagam TGV memang grand, harga tiket pun grand, tapi tak mengapa (parap-parap) jika kualiti audio dan video tip-top, RM19 memang bebaloi. Sebab itu aku memilih Hacksaw Ridge tayangan 8.10 malam.
Image linked from somewhere. |
Sayangnya tayangan filem Logan hanya bermula pada 2/3/2017 (tiga hari kemudian). Bagi kami di Bintulu yang sudah tiada pawagam, poster sebegini seolah-olah mengejek "hahaha pada muka~".
_____
AADI: *Btw, projek apa? Tunggulah kalau berjaya barulah boleh cerita...
1 comment
sabtu ni aku turun tengok logan, tak mau baca rebiu kat fb tu skip terus semua nya hahaha...
Post a Comment