Selain melepaskan barangan stok lama pada harga penghabisan stok, Gapnap juga menawarkan barangan stok baru (mostly accessories) pada harga pengenalan yang pasti membuatkan pelanggan lama (seperti aku) tersenyum.
DiMarzio Evolution neck DP158FW F-spaced dengan bobbin putih ini merupakan pembelian utama untuk batch kali ini. Walaupun bukan versi runcit (aftermarket) dan tanpa kotak, tapi unit ini masih baru dan belum pernah digunakan. Pada harga 60-70% lebih murah daripada harga runcit, ia merupakan perolehan yang berbaloi-baloi.
Berdasarkan pengalaman beberapa tahun menggunakan Evolution pada Calypso (Charvel So-Cal), pikap ini amat menonjol untuk persembahan live, terutama ketika solo (contoh). Sebenarnya dalam keghairahan masuk khemah Seymour Duncan dan EMG, aku masih setia dalam khemah DiMarzio.
Pembelian sampingan merupakan sedozen pick Jim Dunlop Max Grip bersaiz Jazz III. Ini merupakan jenama/model/saiz pick kegemaranku setakat ini. Dengan tiga material yang berbeza; nylon (merah), stiffo (hitam) dan carbon fibre (kelabu).
Pirate or poisonous? |
Sedih, nampaknya sumpahan "sindrom Ernie Ball" juga terkena pada Skull Strings ni, satu set daripadanya memiliki tali GBE yang berkarat. Nasib baiklah ia diperolehi dengan harga penghabisan stok, kalau harga runcit, kena karat macam ni, rasa nak menangis pun ada, kah kah kah...
Maka, secara rasminya, Skull Strings masuk dalam senarai hitam jenama gitar yang perlu dihindari. Tiba-tiba teringat entri Yustech.
_____
AADI: Selamat Hari Malaysia!
0 comments
Post a Comment