Turun dari stesen PUTRA Taman Bahagia, kemudian menapak lebih kurang 10-15 minit melalui kawasan perumahan untuk sampai ke MMS, berpeluh juga dibuatnya.
Dah hampir dua tahun aku tak datang ke sini, kali terakhir (dan pertama) aku datang penghujung bulan April 2011. Banyak perubahan, nampak lebih luas sebab banyak barang-barang telah dipindahkan ke MMS Cheras.
Dengan kebenaran tauke Clement (aka gapnap), ada banyak gambar aku snap (guna k618i yang klasik) tapi aku hanya letak gambar-gambar yang menarik sahaja.
Tanglewood TSB58, a good Les Paul copy. |
Spear RF-150M strat copies - good craftsmanship with glossy maple fretboards. |
Antara gitar terpakai yang sempat dicuba ialah Ibanez RGRT47DX (kiri sekali). Antara RG yang mempunyai ciri-ciri kegemaranku - Edge Pro bridge, sharktooth inlays, reversed headstock, neck-thru. Cuma fretboard yang "full scalloped" membuatkannya agak janggal dimainkan bagi mereka yang dah biasa dengan fretboard rata.
MIJ and MIA Fender Stratocasters. |
The Gibbies |
Akhirnya, dapat juga aku merasa main gitar Gibson. Sebelum ini gitar yang paling premium pernah aku main hanyalah Jackson RR24.
Test rig - Ceriatone with TC Electronics pedals. |
Sayangnya pedal sig Petrucci The Dreamscape tak ada dalam deretan. Nasib baiklah aku dah masuk kem multi-effects, kalau nak main stompbox pun mungkin aku pilih jenama lain yang lebih ekonomi (contohnya Joyo atau Nux).
The Lunchbox dari ZT Amplifier. |
Jika anda memiliki amp ni, ada baiknya disambungkan kepada kabinet berspeaker besar (atleast 1x12 or 2x10) untuk keriangan yang maksimum.
Peavey Bandit 112, one of my wishlist. |
Antara produk terbaru di MMS ialah Bare Knuckle Pickups (BKP). MMS merupakan pengedar rasmi BKP di Malaysia. Tapi bagi aku, harganya terlalu premium, dengan harga seketul pikap BKP ni aku boleh dapat dua ketul pikap DiMarzio, oleh yang demikian aku masih setia menetap dalam kem DiMarzio.
Sejam lebih di MMS ini sajalah yang dibeli hehehe, barang kecil-kecilan sahaja tak ada yang istimewa - Stagg UPC-688 pedalcase, Hennessey straplocks (lagi) dan pick Awe-In-One dalam bekas tin yang berisi lima keping (sebagai penggenap bayaran).
Clip-on tuner tu pula dikira sebagai hadiah sempena CNY, hahaha thanks gapster. Juga terima kasih kepada staff MMS bernama Jayson kerana menghantar aku dari MMS kembali ke stesen PUTRA Taman Bahagia (atas arahan tauke, hehehe), tak perlu aku penat-penat menapak lagi.
_____
Ada apa: Yang lain-lain, mungkin akan dibeli secara online.
2 komen:
Sampai hantar pulang stesen... VIP treatment.
hahaha bkn selalu dpt dtg ke sini
Post a Comment