Abang long
Goldie yang sekian lama kurang mendapat kasih sayang dibelanja dengan set tali gitar baru D'Addario
NYXL1046. Walaupun
hampir tiga tahun dalam simpanan, tali-talinya masih baru bersinar dan tiada tompok karat dikesan, antara sebab utama aku menyukai D'Addario.
Planet Waves auto-trim tuning machine
PWAT-331L sebelum ini dibuka dan dipasangkan kembali tuning machine Grover asal. Kenapa? Dengan menggunakan Grover pun talaan masih stabil, PWAT-331L tadi mungkin akan dipasang pada gitar yang lebih memerlukan.
|
Buka pickguard. |
Dan untuk menunjukkan rasa kasih sayang (show some love gitu~), ia bakal diguna sebagai gitar utama untuk sessi jamming (dan gig?) akan datang. Antara sebab utama ia dipasangkan dengan saiz 10-46 berbanding
11-49 sebelum ini yang agak tinggi rintangannya untuk kulit jari-jariku yang baru saja sembuh daripada mengelupas.
_____
AADI: Salam Aidiladha 1440H.
0 comments
Post a Comment