Selepas perolehan
Eclipse beberapa minggu lepas, dihubungi semula oleh
Brado Guitars (Mr. Jon) yang ingin mempromosikan tali gitar jenama Skull Strings. Aku memberitahu yang aku mempunyai pengalaman menghampakan sebelum ini (rujuk
entri ini dan
ini).
|
Tidak lagi berkotak (yang satu tu sticker je). |
Selepas membaca entri tersebut, pihak Brado menghantar seunit set
DD 10-52 sebagai gantian untuk set berkarat tersebut atas rasa tanggung jawab, mutual respect dan promosi, walaupun telah dua tahun berlalu. Katanya "nobody deserved a bad experience with Skull Strings", kebetulan batch dalam entri tersebut merupakan produk edaran Brado Guitars - pengedar rasmi di Malaysia. Terima kasih diucapkan.
Oh ya, pihak Brado juga ada terbaca entri
YusTech berkaitan jenama ini. Katanya untuk pengguna Floyd Rose, adalah *mandatori untuk Skull Strings dipasang secara normal (potong ball-end) dan bukannya songsang, berdasarkan beberapa insiden yang pernah dilaporkan kepada mereka (dan telah digantikan).
_____
AADI: *Sepatutnya didokumentasikan dengan jelas pada label produk.
0 comments
Post a Comment